Pertempuran Marawi: Tentera pertingkat kawalan di sempadan negara
Tentera melakukan rondaan bersama polis di 200 kawasan bagi mengelak penyusupan kumpulan bersenjata dari Filipina ke Malaysia.
Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor berkata anggota kumpulan berkenaan berkemungkinan cuba melarikan diri dari bandar tersebut berikutan tekanan daripada pihak berkuasa Filipina.
“(Kita) bimbang ada yang larikan diri dan menyusup masuk ke dalam negara. Oleh itu kawalan keselamatan terutama di Sabah diperketat dan diperkemaskan lagi,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Tabung Ihya Ramadan di Masjid Khalid Al-Walid di sini hari ini.
Ekoran insiden tersebut, Presiden Filipina Rodrigo Duterte mengisytiharkan undang-undang tentera di wilayah selatan negara itu.
Selain itu, Raja Mohamed Affandi berkata pihaknya bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Filipina bagi memastikan insiden tidak diingini berlaku.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram
“Pertukaran maklumat sentiasa dilakukan bagi menentukan tindakan yang wajar dilakukan oleh tentera dalam memastikan keselamatan negara terjamin selain tentera turut melakukan rondaan bersama polis di 200 kawasan seperti lapangan terbang,” katanya.