Zahid sahkan 2 warga Malaysia terbunuh di Marawi
Menteri dalam negeri berkata pihaknya sedang meneliti pengenalan diri 2 lelaki itu.
Zahid yang juga menteri dalam negeri berkata Bukit Aman yang mengeluarkan maklumat risikan ini dan pihaknya sedang meneliti pengenalan diri kedua-dua lelaki itu sebelum polis mengeluarkan kenyataan terperinci.
“Saya berbincang dengan ketua polis negara (Tan Sri Khalid Abu Bakar) dan kita sedang meneliti butiran penuh walaupun kita kenal pasti identiti dan dari mana mereka berasal.
Pertempuran itu berlaku apabila pasukan keselamatan Filipina menyerbu Marawi untuk memburu pemimpin Kumpulan Abu Sayyaf, Isnilon Hapilon, serta kumpulan Maute, yang mempunyai kaitan dengan IS.
Zahid berkata Malaysia berterima kasih dengan pihak berkuasa Filipina atas kerjasama dan perkongsian maklumat berkaitan isu keselamatan Malaysia, Indonesia dan Filipina.
Pada masa sama, katanya, pihak berkuasa Malaysia turut memantau aspek keselamatan negara melalui Pusat Serantau Digital Bagi Memintas Mesej Melalui Komunikasi yang dikendalikan Unit Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram