Cenbet kecam NGO larang Guan Eng hadiri majlis buka puasa
Ahli Jawatankuasa Centre Cenbet, Derek Low Eng Tack berkata, langkah bukan Islam menyertai masyarakat Islam berbuka puasa adalah amalan yang mendekatkan masyarakat berbilang kaum.
Justeru seorang ahli jawatankuasanya, Derek Low Eng Tack berkata, seseorang itu termasuk Lim Guan Eng tidak perlu memeluk Islam bagi membolehkan mereka sama-sama meraikan majlis seumpama itu.
Kata beliau, orang bukan Islam yang menyertai masyarakat Islam berbuka puasa adalah 1 amalan yang mendekatkan masyarakat berbilang kaum.
Beliau mengulas protes dipimpin Pengerusi Jaringan Muslimin Pulau Pinang, Mohd Hafiz Noordin kelmarin sambil memegang sepanduk melarang Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng daripada menghadiri majlis berbuka puasa.
Kumpulan itu juga meminta Guan Eng memeluk Islam terlebih dahulu bagi menbolehkan beliau hadir ke majlis itu.
“Melarang Guan Eng menghadiri majlis berbuka puasa adalah tidak wajar dan jelas menunjukkan sifat perkauman yang kuat.
“Lebih malang lagi, larangan itu berlaku sehari menjelang Ramadan iaitu bulan yang dikatakan penuh kasih sayang, kesabaran dan belas kasihan,” kata beliau dalam kenyataan hari ini.
Low berpendapat rakyat Malaysia masih jahil tentang amalan budaya antara kaum dan membenarkan prasangka dan kebimbangan tidak berasas bercambah dalam masyarakat.
Beliau berkata, masyarakat perlu saling mengenali antara satu sama lain, bukan membiarkan perhubungan semasa kaum menjadi semakin regang di negara ini.
“Budaya majmuk perlu digalakkan tanpa mengamalkan budaya tunggal.
“Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai latar belakang budaya perlu digalakkan mengambil bahagian dalam perayaan kaum lain untuk meningkatkan persefahaman antara kaum.
“Menyertai kaum lain dalam perayaan dan agama mereka menjadi tradisi dalam masyarakat majmuk kita selama berabad-abad.
“Amalan ini membolehkan kita mengenali antara satu sama lain dengan lebih baik,” kata Low lagi.
Low juga kecewa dengan protes Jumaat lepas di mana beliau mendapati pegawai Ketua Menteri turut dikasari.
“Serangan fizikal tidak boleh diterima sebagai satu cara protes,” katanya.
‘Kalau mahu buka puasa, Guan Eng perlu masuk Islam’
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram