Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Enggan layan bantahan NGO, Sivarasa mahu tulis surat pada Sultan

 | June 1, 2017

Sivarasa mempertahankan penjelasannya sebelum ini dan meminta pihak yang tidak berpuas hati merujuk kenyataan itu.

sivarasa-mahu-tulis-surat2PETALING JAYA: Ahli Parlimen Subang R Sivarasa yang terpalit dengan kontroversi memasuki masjid dan memberi ceramah di Kampung Melayu Subang enggan melayan serta mengulas kritikan kumpulan NGO pro-kerajaan kerana penjelasan sudah pun dibuat.

Beliau mempertahankan penjelasannya sebelum ini dan meminta pihak yang tidak berpuas hati merujuk kenyataan itu.

“Saya sudah beri penjelasan cukup jelas, saya tidak akan tambah apa-apa lagi,” katanya kepada FMT.

Sivarasa berkata demikian ketika diminta mengulas rancangan kumpulan NGO yang tidak berpuas hati dengan tindakan beliau menyampaikan ucapan di dalam masjid dan merancang meneruskan kritikan secara berterusan.

NGO terbabit adalah Kesatuan Melayu Nasional (KMN), Permuafakatan Ayahanda-Ayahanda Semalaysia (Permas), Wakil Penduduk Kota Damansara, Pertubuhan Aduan Masyarakat dan Pengguna Selangor (PAMPS), Pertubuhan Gerakan Memartabatkan Pejuang Negara (GMPN) dan Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM).

Semalam, Adun Kota Damansara dari Barisan Nasional (BN) Datuk Halimaton Saadiah Bohan mengaku pihaknya membuat perancangan dengan beberapa NGO pro-kerajaan untuk membawa isu Sivarasa itu ke depan.

Beliau juga berkata akan menulis surat secara peribadi kepada Sultan Selangor Sharafuddin Idris Shah untuk menjelaskan kontroversi berkenaan.

Ketika ditanya tarikh menyerahkan surat tersebut, Sivarasa berkata beliau akan melakukannya secepat mungkin.

“Sebab itu surat peribadi, bagaimanapun saya akan tulis surat itu secepat mungkin,” katanya.

Sivarasa didakwa mencemarkan kesucian Masjid An-Nur Kampung Melayu Subang apabila memberi ceramah berkaitan politik di masjid itu, Rabu lalu.

Wakil rakyat PKR itu bagaimanapun menafikan beliau memberi ceramah, sebaliknya menyatakan hanya menyampaikan ucapan ringkas mengenai komitmen kerajaan Selangor untuk terus membimbing institusi surau dan masjid di negeri berkenaan.

Adun BN mengaku pakat dengan NGO bidas Sivarasa masuk masjid

NGO kutuk Sivarasa masuk masjid, tidak faham sensitiviti


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments