Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Pemimpin DAP cabar Annuar bertanding di Pulau Pinang

 | June 2, 2017

Lim Lip Eng berkata sekiranya DAP merosakkan masyarakat Cina sudah tentu Annuar akan menang pilihan raya menentang calon mereka.

lim-lip-eng-annuar-musaKUALA LUMPUR: Pemimpin DAP hari ini mencabar Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa bertanding di Pulau Pinang menentang calon mereka pada Pilihan Raya Umum ke-14 nanti.

Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng membuat cabaran itu bagi membuktikan sejauh mana kebenaran dakwaan Annuar kononnya DAP merosakkan masyarakat Cina di Malaysia.

Katanya, sekiranya DAP merosakkan masyarakat Cina dan Umno pembela sebenar masyarakat itu sudah tentu Annuar akan menang pilihan raya menentang calon mereka.

“Kalau Annuar benar percaya apa yang dia cakap (DAP perosak dan Umno yang bantu Cina) saya rasa dia patut uji sama ada kenyataan dia diterima masyarakat Cina atau tidak dengan bertanding di kawasan Cina pada PRU akan datang.

“Saya cabar dia bertanding di Pulau Pinang di kawasan Cina lawan DAP untuk uji masyarakat Cina dirosak DAP atau dibantu Umno, biar keputusan pilihan raya tentukan nanti sama ada dia itu sebenarnya batu api dan pembohong,” katanya ketika ditemui FMT di pusat khidmat masyarakat DAP Segambut.

26 Mei lalu Annuar mendakwa DAP punca kerosakan kaum Cina.

Katanya masyarakat Cina sebelum ini menerima Umno sebagai tunjang pemerintahan negara, bersama MCA dan parti mewakili kaum lain dalam Perikatan.

“Orang yang paling sayang pada orang Cina adalah Melayu Umno,” katanya.

“Yang menyelamatkan orang Cina adalah Umno. Wujud sekolah Cina atas restu Umno. Lihat di Indonesia dan Thailand…kaum Cina tak boleh pakai nama Cina. Hanya Cina di Malaysia nikmati itu semua,” kata Annuar.

DAP perosak masyarakat Cina, kata Annuar Musa


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments