Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Pemandu van dinaiki pelajar tahfiz tiada lesen, tegas polis

 | June 4, 2017

Pemangku Ketua Polis negeri, Senior Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, siasatan pihaknya mendapati van tersebut tidak dipandu oleh pemandu asal yang ditugaskan oleh maahad tersebut.

nahas-van

PETALING JAYA: Pihak polis menegaskan tidak timbul kenyataan berbeza di antara pihak polis dan pengasas Maahad Tahfiz Al-Hashimi berhubung status lesen pemandu van yang terlibat dalam kemalangan meragut 7 nyawa di Kampung Telekong Kuala Krai, Kelantan kelmarin.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, siasatan pihaknya mendapati van tersebut tidak dipandu oleh pemandu asal yang ditugaskan oleh maahad tersebut.

Kata beliau, terdapat 2 kenyataan kontra mengenai lesen memandu selepas pengasas maahad terbabit menyatakan pemandu van tersebut mempunyai lesen.

“Hasil siasatan polis mendapati semasa kejadian, van ini dipandu oleh pemandu lain dan bukannya pemandu asal yang mempunyai lesen,” kata beliau dipetik Utusan Online hari ini.

Menurut Din, semasa kejadian pemandu asal berada di sebelah pemandu.

Laporan media semalam menyebut pemandu van membawa pelajar Mahad Tahfiz Al Hashimi yang terbabit dalam kemalangan maut di Kilometer 55, Jalan Kuala Krai-Kota Bharu kelmarin didapati tidak mempunyai lesen memandu.

Semalam, Pengasas Maahad Tahfiz Al-Hashimi, Datuk Adnan Hashim menafikan dakwaan pemandu van yang membawa pelajar yang terbabit tidak mempunyai lesen memandu.

Beliau berkata, pihaknya cukup menitikberatkan soal peraturan dan sama sekali tidak akan membiarkan mereka yang tidak mempunyai lesen memandu.

Bagaimanapun beliau memberitahu, salah seorang daripada guru pengiring pelajar tersebut tidak mempunyai lesen memandu.

“Memang dalam 2 guru pengiring tersebut salah seorangnya tidak ada lesen, tetapi yang memandu pada hari itu mempunyai lesen,” kata beliau.

Nahas van: Maahad Tahfiz Al-Hashimi nafi pemandu tiada lesen


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments