Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Jangan politikkan agama, Wan Ji tegur PAS mahu sekat acara gereja

 | June 5, 2017

Beliau berkata PAS sepatutnya bersemuka dengan penganjur jika tidak setuju dengan perhimpunan yang bakal diadakan di Melaka itu.

wan-jiKUALA LUMPUR: Seruan PAS supaya tindakan diambil ke atas sebuah perhimpunan gereja di Melaka atas alasan ia berkait dengan agenda Zionis adalah bermotifkan politik dalam usaha meraih simpati masyarakat Melayu Islam, kata Ketua Biro Agama PKR, Wan Ji Wan Hussin.

“Sebab PAS adalah parti politik jadi ia akan timbulkan isu-isu yang mendapat simpati rakyat,” katanya.

“Agama adalah agama, jangan dipolitikkan.”

Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan hari ini mempersoalkan sebuah program bernama “Nations of the Golden Gate alligning with Jerusalem’s Jubilee”, yang akan diadakan bermula 15 Jun di sebuah gereja di Melaka.

Beliau menyifatkan penganjuran acara itu satu bentuk provokasi daripada golongan Kristian Zionis.

“Mutakhir ini musuh Islam mula main kasar dan makin berani. Sekarang mereka sasarkan Malaysia. Mereka mahu buat sarang di sini. Ayuh bangkit ummah sebelum terlambat,” tulisnya dalam Facebook.

“Jangan cabar sensitiviti umat Islam. Jangan cemarkan tanah Melayu ini dengan aktiviti Kristian Zionis ini,” katanya, merujuk kelompok di kalangan segelintir penganut Kristian yang menganggap umat Yahudi ditakdirkan untuk “kembali” ke tanah suci di Baitul Maqdis sebelum dunia menyambut kedatangan semula Nabi Isa bagi menyelamatkan manusia.

Wan Ji berkata tindakan menggesa umat Islam bertindak akan hanya memburukkan hubungan Islam dan bukan Islam, sebaliknya berkata PAS sepatutnya bersemuka dengan pihak penganjur menerusi dialog.

“Sekiranya PAS tak setuju, saya mencadangkan supaya PAS buat dialog, wacana yang lebih sihat di situ boleh hilang prejudis antara orang Kristian terhadap orang Islam, orang Islam terhadap Kristian.

“Islam datang bukan untuk permusuhan, janganlah kita datang daripada tidak bergaduh, jadi bergaduh,” katanya kepada pemberita selepas hadir ke Ibu Pejabat Polis Dang Wang hari ini menemani Ketua Pemuda Nik Nazmi Nik Ahmad membuat laporan polis berkenaan dakwaan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

Wan Ji berkata setiap agama mempunyai agenda masing-masing dan perlu dilihat daripada sudut kebebasan.

“Orang Islam ada agenda, orang bukan Islam pun ada agenda. Cuma sekarang ini, sejauh mana apa yang kita lakukan itu memerlukan kebijaksanaan dan bukannya melahirkan kerosakan?

“Bagaimana kita nak meraikan perbezaan itu dan menjauhi permusuhan,” katanya.

 

PAS ajak sekat perhimpunan ‘Kristian Zionis’ di Melaka


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments