Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Pemuda PKR lapor polis, minta Shafee berehat jadi peguam

 | June 5, 2017

PKR mahu polis menyiasat hubungan antara Najib dengan peguam terkemuka itu.

VIDEO INSIDE

nik-nazmi-pkrKUALA LUMPUR: PKR hari ini membuat laporan polis terhadap Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah susulan dakwaan peguam itu menerima RM9.5 juta daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Ketua Pemuda PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata laporan itu dibuat supaya pihak polis segera membuat siasatan.

Beliau pada masa sama mendesak Shafee berehat serta-merta daripada menjalankan tugas seorang peguam, termasuk dalam kesnya mewakili Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dalam saman fitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim sebanyak RM100 juta.

“Saya rasa itu tindakan terbaik sebab kalau dia tidak berhenti pun, dia dah banyak kali cuti sakit, jadi mungkin lagi baik dia berehat sementara siasatan dilaksanakan,” katanya, sambil berkata Shafee perlu memberi laluan kepada peguam lain mewakili Khairy.

Portal Sarawak Report baru-baru ini melaporkan Shafee, peguam yang dilantik khas bagi mengetuai pasukan pendakwaraya alam kes liwat Anwar yang berakhir dengan hukuman penjara 5 tahun pada Februari 2015, menerima wang daripada akaun Ambank dimiliki Datuk Seri Najib Razak.

Portal itu turut menerbitkan gambar pengesahan yang menunjukkan 2 transaksi berjumlah RM9.5 juta, satu daripadanya pada Februari 2014, 2 minggu sebelum Mahkamah Rayuan mengubah keputusan Mahkamah Tinggi terhadap Anwar, daripada tidak bersalah kepada bersalah.

Kerajaan sebelum ini berkata Shafee dibayar hanya RM1,000 atas khidmatnya dalam kes Anwar.

Pada 2015, The Wall Street Journal memetik kertas penyiasat Malaysia sebagai berkata Najib menerima sejumlah RM2.6 bilion daripada wang berkait 1MDB. Perdana menteri bagaimanapun menafikan dakwaan itu, sebaliknya berkata wang itu merupakan sumbangan keluarga diraja Arab Saudi bagi membantu kempen Umno pada pilihan raya umum 2013.

Nik Nazmi dalam laporan polisnya antaranya mahu polis menyiasat hubungan antara Najib dengan Shafee sehinggakan jumlah yang begitu besar dibayar Najib melalui akaun sendiri, seperti didakwa Sarawak Report.

Beliau berkata Pemuda PKR akan menggunakan alternatif lain termasuk mendesak pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Majlis Peguam melakukan siasatan memandangkan Najib dan Shafee enggan memberi sebarang ulasan berhubung dakwaan tersebut.

Pada 26 Januari 2016, Apandi membersihkan Perdana Menteri Najib Razak dari sebarang kesalahan berkaitan dengan dakwaan sumbangan RM2.6 bilion dan RM42 juta dari anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd.

Apandi berkata bukti dari saksi dan dokuman sokongan yang diserahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengatakan sejumlah AS$681 juta (RM2.08 bilion) disalurkan ke akaun peribadi Najib antara 22 Mac 2013 dan 10 April 2013 sebagai sumbangan peribadi dari keluarga diraja Arab Saudi.

Kit Siang desak pendakwa raya bebas siasat peguam terima dana Najib


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments