Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

SPR tak kerjasama dengan Bersih 2.0 kerana ia bukan NGO

 | June 6, 2017

Mohd Hashim Abdullah berkata, SPR hanya bekerjasama dengan NGO dan Bersih 2.0 berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia, bukannya Jabatan Pendaftaran Pertubuhan.

Mohd-Hashim-Abdullah-bersihPETALING JAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak akan bekerjasama dengan Bersih 2.0 untuk memantau dan memastikan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) berlangsung secara adil.

Ini kerana kata Pengerusinya, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah kepada Oriental Daily, Bersih 2.0 berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), bukannya Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

“SPR hanya akan bekerjasama dengan badan bukan kerajaan, Bersih 2.0 bukannya NGO,” katanya kepada akhbar itu semalam.

Katanya, SPR kini bekerjasama dengan banyak NGO dan sudah membuka permohonan untuk mengambil sukarelawan bagi memantau proses pengundian.

Beliau percaya parti pemerintah dan pembangkang juga akan menghantar wakil mereka untuk melakukan pemantauan di pusat mengundi.

Dalam pada itu itu, Hashim berharap peti undi bergerak dapat dilaksanakan kelak untuk memudahkan pengundi yang tinggal di kawasan pedalaman, menghadapu kesukaran bergerak dan warga emas menunaikan tanggungjawab mereka.

Katanya, perkara itu akan dibincangkan dengan parti pemerintah serta pembangkang selepas kertas cadangan disiapkan dan beliau berharap mereka akan menyokongnya.

Beliau berkata, SPR juga akan meneruskan penggunaan dakwat kekal pada PRU14 dan menambah bilangan pusat mengundi, selain menyediakan pengangkutan untuk menghantar pengundi di kawasan pedalaman, khasnya di Sabah dan Sarawak.

Sementara itu, Hashim bertegas keputusannya tidak mengumumkan daftar pemilih baru tidak melanggar undang-undang kerana tiada peraturan mewajibkan SPR berbuat demikian.

Katanya, pengumuman daftar pemilih baru pada setiap penggal ialah bonus yang diberikan pengerusi SPR terdahulu berdasarkan budi bicara mereka.

Dalam perkembangan lain, Hashim berkata, Malaysia tiada masalah pengundi hantu mahupun gerimander – manipulasi sempadan kawasan pilihan raya untuk memihak kepada sesebuah parti politik.

Sebaliknya, beliau menjelaskan salah faham timbul kerana ramai yang terlalu sensitif terhadap pendatang asing.

“Dakwaan kononnya ada bas membawa sejumlah besar pendatang asing tidak benar. Hakikatnya, di bandar setiap hari ada bas yang menghantar pendatang asing ke tempat kerja.

“Pada PRU13, ada dakwaan 14,000 orang Bangladesh dibawa masuk ke Malaysia untuk undi BN. Hasilnya? Selepas PRU, SPR tak terima sebarang laporan rasmi.”

Katanya, tidak kira parti pemerintah mahupun pembangkang, ahli politik tidak sepatutnya menyalahkan masalah gerimander apabila kalah dan memuji kemampuan diri selepas menang.

“Ketika Pulau Pinang dan Selangor bertukar kerajaan negeri, adakah mereka memuji SPR melakukan persempadanan semula dengan baik?” soalnya.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments