Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

PKR berunding lagi selepas ahli enggan keluar pentadbiran Kelantan

 | June 7, 2017

PKR mungkin membuat keputusan baharu mengenai penglibatan ahlinya dalam pentadbiran diterajui PAS di Kelantan.

nurul-izzah-pkrKUALA LUMPUR: PKR mungkin akan membuat keputusan baharu berhubung kedudukan ahlinya yang dilantik dalam pentadbiran kerajaan Kelantan di bawah PAS, selepas laporan mereka masih kekal dalam jawatan masing-masing walaupun diarah meletakkan jawatan oleh PKR pusat.

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata PKR pusat sedang berbincang dengan pemimpin PKR Kelantan, mengambil kira kedudukan kerjasama PAS dan PKR di Selangor walaupun kedua-dua parti tidak mempunyai hubungan rasmi lagi.

“Saya fikir kita melihat dinamika yang berlaku termasuk mahu melahirkan prinsip yang konsisten di negeri yang kita tadbir bersama,” katanya kepada pemberita ketika melawat mangsa kerosakan lif di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi hari ini.

PKR pada 17 Mei lalu memutuskan supaya semua ahli lantikan politik dalam kerajaan Kelantan meletak jawatan, selepas PAS membatalkan kerjasama dengan PKR.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata keputusan berhubung kedudukan ahli PKR dalam kerajaan Kelantan akan dibuat minggu ini selepas mendengar pandanganwakil negeri.

“Kita akan keluarkan kenyataan tidak lama lagi berhubung perkembangan terbaharu kedudukan ahli PKR di Kelantan.

“Setakat ini ahli PKR yang telah dilantik di Kelantan kekal seperti biasa namun tiada lantikan baru akan dibuat,” katanya.

Sabtu lalu, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, sehingga kini lantikan politik yang diberikan kepada PKR berjalan seperti biasa.

Lantikan politik PKR di Kelantan masih kekal


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments