Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

4 bulan di Malaysia, bekas banduan Kanada menghirup udara kebebasan

 | June 8, 2017

Pernah digelar perogol bersiri paling merbahaya di Kanada, Selva Kumar Subbiah kini sudah menerima MyKad, tidak segan mendampingi masyarakat, dan berusaha mendekatkan diri kepada Tuhan.

selva-kumar-new11 (1)PETALING JAYA: Belum pun menjejakkan kaki di Malaysia selepas 24 tahun merengkok di penjara Kanada, pelbagai pihak menyatakan kebimbangan terhadap kehadiran bekas perogol bersiri Selva Kumar Subbiah di negara ini, yang kembali ke tanah air pada 7 Februari lalu.

Hari-hari awalnya di Malaysia menjadi tanda tanya ramai, di sebalik kawalan rapi pergerakannya yang sentiasa berjaya melolosi buruan media.

Kini, FMT dimaklumkan yang lelaki berusia 57 tahun ini sudah dapat menghilangkan rasa kekoknya, dan sudah mula berjinak mendampingi masyarakat.

Beliau juga selesa dan bebas keluar rumah “serta hidup seperti manusia normal yang lain”, menurut sumber itu.

“Selva banyak menghabiskan masa bersama keluarga di sekitar Lembah Klang, dia tidak lagi berada dalam keadaan takut dan sudah menjalankan kehidupan seperti orang normal yang lain,” kata kenalan rapat keluarga Selva Kumar dihubungi FMT.

“Dia juga sekarang ini bebas keluar masuk rumah dan tidak lagi berada dalam keadaan bimbang kerana dipandang serong masyarakat luar.”

Berdamping agama baharu

Selva Kumar juga “sudah insaf dengan kesalahan silam”, menurut sahabat rapatnya.

Dia juga dapat menjalankan kehidupannya sekali lagi sebagai rakyat Malaysia, status yang ditinggalkannya ketika mula-mula meninggalkan negara pada 1980-an, sebelum terpalit dalam kancah jenayah seksual dan rogol di Kanada.

Minggu lalu, Selva Kumar menerima kad pengenalannya atau MyKad, mengesahkan pembaharuan status kewarganegaraannya, sekaligus memudahkan urusan harian beliau.

Tetapi bekas banduan yang disabitkan hampir 60 jenayah seksual, salah guna dadah dan kekerasan ini masih belum bersedia untuk bekerja.

Sebaliknya, fokusnya kini mendekatkan diri kepada agama baharu yang dianutinya, menurut sumber sama, yang bagaimanapun tidak mahu FMT memperincikannya kepada umum sehingga “masa yang sesuai”.

Selva Kumar, bekas murid Penang Free School, meninggalkan Malaysia untuk melanjutkan pengajian di Kanada.

Pada 1992, mahkamah di Kanada menjatuhkan hukuman 24 tahun ke atasnya atas 19 tuduhan serangan seksual, 28 pertuduhan penggunaan bahan larangan seperti dadah, dan 10 pertuduhan pelbagai serangan dan kesalahan lain.

Media Kanada memetik beberapa pegawai polis yang pernah menyiasat beliau sebagai berkata mereka percaya Selva Kumar turut memangsakan lebih 1,000 wanita di Kanada, tuduhan yang ditolak keluarganya di Malaysia sebagai tidak masuk akal.

Ia terus mencetuskan persoalan sama ada Selva Kumar benar-benar insaf, disebabkan pihak pengurusan penjara merumuskan dia masih tidak berasa bersalah atas perbuatannya sehingga ke hari terakhirnya di penjara.

Selva ‘benar-benar sudah insaf’, keluarga mahu bersihkan nama

Di Kelantan, Selva Kumar terima sokongan keluarga

Selva Kumar pulang disambut ahli keluarga


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments