Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Krisis FGV: Muhyiddin pertikai pelantikan Idris

 | June 8, 2017

Presiden PPBM bimbang pelantikan Idris yang dilihat mesra kerajaan akan menghasilkan laporan yang berat sebelah dan berpihak.

muhyiddin_Idris-Jala_fgv_600

PETALING JAYA: Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin mempertikan pelantikan Datuk Seri Idris Jala sebagai pihak berkecuali untuk meneliti penggantungan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Datuk Zakaria Arshad dan pegawai kanan Felda Global Ventures (FGV) lain.

Muhyiddin bimbang pelantikan ketua pegawai eksekutif Pemandu Associates Sdn Bhd itu – yang dilihat mesra kerajaan – akan menghasilkan laporan yang berat sebelah dan berpihak.

“Lebih baik melantik syarikat juruaudit bertauliah yang lebih bebas dan telus kerana kita tahu siapa Idris Jala,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PPBM hari ini.

Beliau menegaskan siasatan lebih wajar dijalankan oleh syarikat yang bebas tanpa kepentingan atau kaitan rapat dengan perdana menteri atau kerajaan.

“Soal pokoknya bila ada siasatan, dia (penyiasat) mahu dilihat adil, tidak ada kepentingan dan atas dasar kepentingan pemilik FGV (Felda)….kerana rakyat nak mengetahui sebab apa krisis ini berlaku.”

Pejabat Perdana Menteri semalam mengumumkan pelantikan Idris untuk meneliti penggantungan Zakaria, Ketua Pegawai Kewangan Ahmad Tifli Mohd Talha, Ketua Pegawai Eksekutif FGV Trading Ahmad Salman Omar dan Pengurus Besar Kanan Delima Oil Products Sdn Bhd Kamarzaman Abd Karim.

Pelantikan Idris itu dipersetujui Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) Tan Sri Shahrir Abdul Samad, Pengerusi FGV Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, Zakaria dan Tifli.

Sebelum ini, Lembaga Pengarah FGV mengarahkan Zakaria bercuti serta-merta bagi membolehkan siasatan berhubung tunggakan bayaran sebuah syarikat Afghanistan, Safitex, kepada Delima Oils Products, yang juga anak syarikat FGV.

Felda merupakan pemegang saham tunggal terbesar FGV dengan 34% pegangan.

Sementara itu, Muhyiddin berkata Isa sepatutnya meletak jawatan atas dasar tanggungjawab kepada kemelut dalaman syarikat. Isa sebelum ini memegang jawatan pengerusi Felda dari 2011 hingga 2017 sebelum diambil alih Shahrir.

“Sepatutnya dah lama letak jawatan bila tercetus krisis yang besar, tetapi malangnya perdana menteri yang bertanggungjawab dengan Felda tidak langsung mengetepikan Isa.”

“Saya persoalkan kebijaksanaan perdana menteri membuat keputusan nampak terbukti masalah masih berulang.”

Isu FGV: Kerajaan lantik Idris Jala cari penyelesaian

Isu FGV: SPRM ke Menara Felda ambil dokumen


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments