Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Muhyiddin saran PH bincang calon PM secara tertutup

 | June 8, 2017

Perbincangan calon perdana menteri secara terbuka sudah mencetuskan salah faham dan kekeliruan dalam kalangan rakyat terhadap pakatan pembangkang.

muhyiddin-yassinPETALING JAYA: Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin menyarankan parti komponen Pakatan Harapan (PH) membincangkan soal calon perdana menteri mereka secara tertutup.

Ini bagi memulihkan persepsi negatif rakyat terhadap kesiagaan mereka menghadapi Barisan Nasional (BN),

“Ia tidak seharusnya dibincangkan secara terbuka. Kita sudah cetuskan salah faham atau kekeliruan kerana rakyat akan lihat PH seakan-akan tidak bersatu.

“Kalau berterusan begini, rakyat akan kecewa kerana mereka nak mendukung perjuangan kita tapi mereka menganggap kita belum bersepakat. Selagi belum capai kata sepakat elok jangan keluarkan pandangan sebegitu,” katanya semasa sidang media di ibu pejabat PPBM hari ini.

Beliau berkata PH sepatutnya memberi fokus menguatkan parti masing-masing untuk berdepan dengan BN.

“Sebahagian rakyat tak tahan dengan kepimpinan hari ini, tahap populariti Najib merosot ke satu tahap yang tak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia. Rakyat mahukan perubahan dan sebuah kerajaan lebih baik,” katanya.

Kongres PKR Ke-12 lalu menyaksikan sebahagian besar pemimpin PH sebulat suara memilih Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri mereka, berikutan spekulasi mengenai siapa calon pembangkang semakin kencang menuju pilihan raya umum ke-14.

Bekas ketua pembangkang itu sedang menjalani hukuman penjara 5 tahun atas kesalahan liwat.

Sebelum ini, Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad menggesa PH menamakan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai perdana menteri sementara, sehingga Anwar dibebaskan dan layak memegang jawatan itu.

Bagaimanapun bagi sesetengah pihak, antaranya bekas menteri undang-undang Datuk Zaid Ibrahim, mencadangkan Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad calon yang lebih sesuai jika PH mahu memenangi PRU-14.

Dr Mahathir pernah memegang jawatan itu selama 22 tahun dari 1981 hingga 2003.

Sementara itu, Muhyiddin turut mengulas mengenai saman fitnah RM10 juta oleh bekas ketua aktivis PPBM Negeri Sembilan, Mohd Anas Sudin terhadapnya.

“Peguam saya akan uruskan perkara itu.. kalau kena saman, tak mengapalah. Lepas ini kita jumpa di mahkamah,” katanya.

Perwakilan PKR, pemimpin Pakatan mahu Anwar PM ke-7


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments