Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Skim Perkeso: Tiada respon positif dari teksi, Grab dan Uber

 | June 8, 2017

Perkeso mungkin membenarkan pembayaran tunai memandangkan sistem pembayaran atas talian tidak mendapat sambutan para pemandu.

Dr-Mohammed-Azman-Aziz-Mohammed-1

KUALA LUMPUR: Bagi sesuatu yang berpotensi membawa manfaat kepada pencarum, skim Pertubuhan Keselamatan Social (Perkeso) tidak mendapat sambutan para pemandu teksi dan kereta sewa.

Ketua Pegawai Eksekutif Perkeso Mohammed Azman Aziz Mohammed mengakui skim itu, yang dibolehkan kepada golongan itu melalui Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017, tidak mendapat respon positif pemandu teksi, Grab dan Uber sejak dilancarkan.

“Respon sangat tidak bagus. Setakat ini, hanya 120 orang sahaja yang berdaftar,” kata Azman kepada pemberita pada sidang media hari ini.

Perkembangan itu mengejutkan kerana dianggarkan terdapat kira-kira 100,000 pemandu. Skim perlindungan keselamatan sosial akan melindungi mereka sekiranya berlaku kemalangan, kecederaan atau kematian.

Azman berkata sambutan suram itu mungkin kerana pemandu perlu mendaftarkan diri atas talian, yang mungkin sukar bagi mereka.

Azman berkata buat masa ini para pemandu boleh meminta bantuan pejabat Perkeso untuk membuat pembayaran atas talian melalui aplikasi i-Perkeso.

Memandangkan sambutan yang suram, Perkeso mungkin akan menerima pembayaran secara tunai tidak lama lagi.

Oleh kerana perlindungan Socso diwajibkan undang-undang, pemandu mungkin diberi tempoh sehingga hujung tahun ini untuk mendaftarkan diri.

Sementara itu, Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Ismail Abd Muttalib berkata Perkeso menaikkan manfaat pengebumian sebanyak RM500, dari RM1,500 kepada RM2,000 berkuatkuasa 1 Julai tahun lepas.

Beliau berkata kenaikan 33% itu memandangkan status ekonomi semasa serta bagi mengurangkan beban keluarga yang kehilangan orang tersayang.

Beliau berkata sejumlah RM17.6 juta sudah dibayar kepada 11,881 keluarga.

Pemandu yang gagal mendaftarkan diri di bawah skim Perkeso tidak boleh membaharui lesen kenderaan perkhidmatan awam.

Kerajaan akan membuat sumbangan sekali beri sebanyak RM60 juta untuk skim itu.

* Afiqah Farieza menyumbang kepada artikel ini.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments