Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

PH umum pucuk pimpinan paling lewat minggu depan

 | June 9, 2017

Timbalan presiden PPBM menafikan Dr Mahathir dilantik sebagai pengerusi PH, Muhyiddin Yassin menjadi presiden dan Anwar Ibrahim sekadar penasihat dalam senarai pucuk pimpinan PH yang tersebar.

wan-azizahPETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) sudah mempersetujui senarai kepimpinannya yang akan diumumkan dan didaftarkan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) selewat-lewatnya minggu depan.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, senarai itu disepakati kepimpinan keempat-empat parti komponen gabungan itu.

“Majlis (Presiden) Pakatan Harapan telah bincang secara panjang lebar semua berkaitan isu Pakatan Harapan, khususnya struktur organisasi.

“Mesyuarat kali ini mencapai kata sepakat yang baik. Beberapa keputusan penting secara bersama telah dipersetujui.

“Pakatan Harapan akan mengumumkan barisan kepimpinan utama Pakatan Harapan untuk dihantar kepada RoS selewat-lewatnya minggu depan,” katanya selepas mesyuarat Majlis Presiden PH di ibu pejabat PPBM hari ini yang dihadiri majoriti pemimpin utama 4 parti komponennya, termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad.

Mengulas lanjut, presiden PKR itu yakin barisan kepimpinan yang akan menerajui PH mampu membawa perubahan kepada politik negara.

Dalam perkembangan sama, Timbalan Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz Mahathir menafikan bapanya dilantik sebagai pengerusi, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi presiden dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sekadar penasihat PH berdasarkan senarai struktur organisasi PH yang tersebar.

“Sepertimana wakil kami (PPBM) telah menjawab apabila ditanya media mengenai senarai yang tersebar itu. Yang pertama, senarai itu tidak dibocorkan atau didedahkan mana-mana wakil PPBM.

“Kita ada senarai yang berbeza daripada yang tersebar itu dan ia tidak sama,” katanya.

Dalam senarai pucuk pimpinan PH yang tersebar itu, selain 3 pemimpin terbabit, Dr Wan Azizah dikatakan menjadi timbalan pengerusi PH, sementara timbalan presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai timbalan presiden PH.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Amanah, Mohamad Sabu pula dilantik sebagai naib presiden PH.

Sementara itu, Ketua Setiausaha Sekretariat PH, Datuk Saifuddin Abdullah memaklumkan calon perdana menteri yang akan mewakili pakatan pembangkang belum dibincangkan secara terperinci.

Muhyiddin pula enggan mengulas calon perdana menteri dan barisan pucuk pimpinan PH.

“Saya tidak boleh beri apa-apa komen, tunggu mereka buat kenyataan,” katanya.

 


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments