Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Selva Kumar anuti agama Kristian dalam usaha berubah

 | June 9, 2017

Sebelum ini, lelaki yang digelar perogol bersiri paling merbahaya ini tidak menganuti apa-apa agama.

selva-kumar-new11 (1)

PETALING JAYA: Sudah berulang kali kenalan rapat bekas perogol bersiri yang merengkok 24 tahun dalam penjara Kanada mengatakan dia sudah bertaubat dan insaf, menepis dakwaan dan kebimbangan ramai mengenainya ketika pulang ke Malaysia pada Februari lalu.

Dalam perkembangan baharu yang menunjukkan perubahan rohani dalam dirinya, Selva Kumar Subbiah, yang terpalit dengan 60 jenayah seksual dan dadah termasuk dakwaan memangsakan hampir 1,000 wanita, kini berjinak dengan nilai agama, memilih agama Kristian yang dipeluknya sebulan lalu.

Sumber yang dekat dengan keluarga Selva Kumar berkata keterbukaan bekas banduan itu menganuti agama Kristian menguatkan lagi keyakinan beliau insaf, dan kini mendekati nilai agama yang ditinggalkannya dulu.

“Selva Kumar sudah masuk Kristian lebih kurang sebulan lalu, sekarang dia sedang mendekati ajaran agama itu,” kata sumber kepada FMT.

Walaupun namanya mencadangkan agama asal beliau ialah Hindu, beberapa laporan luar negara sebelum ini memetik Selva Kumar sebagai berkata beliau sudah memeluk agama Yahudi ketika dalam penjara.

Ia dipercayai antara alasan diberikan dalam usahanya mengelak daripada dihantar pulang ke Malaysia sesudah berakhir hukuman penjara Januari lalu.

Sumber bagaimanapun memberitahu FMT, lelaki yang kini berusia 57 tahun itu tidak mempunyai agama sebelum ini, termasuklah sepanjang 24 tahun merengkok di penjara Kanada.

“Buat masa ini, nama dia kekal nama lama,” tambah kenalan rapat keluarga Selva Kumar itu.

Beberapa hari sebelum dihantar pulang, Selva Kumar memberitahu pihak penjara yang beliau mempunyai sokongan kuat daripada keluarga, bagi meyakinkan pihak penjara yang beliau layak dibebaskan dan tidak akan mengulangi kesalahannya.

Semalam, FMT melaporkan Selva Kumar, yang mendapat gelaran perogol bersiri paling merbahaya di Kanada, sudah mula berjinak dengan dunia luar dan bebas keluar rumah, 4 bulan selepas mendarat di Malaysia pada 7 Februari lalu.

“Selva banyak menghabiskan masa bersama keluarga di sekitar Lembah Klang, dia tidak lagi berada dalam keadaan takut dan sudah menjalankan kehidupan seperti orang normal lain,” kata kenalan itu.

Pada 1992, mahkamah di Kanada menjatuhkan hukuman 24 tahun ke atasnya atas 19 tuduhan serangan seksual, 28 pertuduhan penggunaan bahan larangan seperti dadah, dan 10 pertuduhan pelbagai serangan dan kesalahan lain.

Media Kanada memetik beberapa pegawai polis yang pernah menyiasat beliau sebagai berkata mereka percaya Selva Kumar turut memangsakan lebih 1,000 wanita di Kanada, tuduhan yang ditolak keluarganya di Malaysia sebagai tidak masuk akal.

4 bulan di Malaysia, bekas banduan Kanada menghirup udara kebebasan


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments