Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Anwar tak sihat, kes saman bekas calon BN ditangguh 2018

 | June 13, 2017

Sangeet Kaur Deo berkata, kes saman fitnah Dr Mazlan Ismail, TV3 dan Utusan ditetapkan Januari 2014 kerana Anwar perlu menjalani pemeriksaan kesihatan dan tiada tarikh sesuai dalam masa terdekat.

anwar-makhamah

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 22 hingga 25 Januari depan untuk perbicaraan kes saman fitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Dr Mazlan Ismail, Sistem Televisyen Malaysia (TV3) dan Utusan Melayu (M) Bhd.

Keputusan itu dibuat Pesuruhjaya Kehakiman, Datin Faizah Jamaludin yang membenarkan permohonan peguam Sangeet Kaur Deo menyambung perbicaraan pada tarikh baharu disebabkan kesihatan anak guamnya.

“Anwar perlu menjalani pemeriksaan kesihatan dan tarikh sambungan semula terlalu panjang dibuat sehingga Januari tahun depan kerana tidak ada tarikh yang sesuai dalam masa terdekat,” kata Sangeet kepada pemberita.

Pada 15 Oktober 2015, Anwar memfailkan saman fitnah terhadap bekas calon BN Permatang Pauh dan 2 lagi atas dakwaan mengaitkannya dengan rasuah membabitkan badan kehakiman dan Jabatan Peguam Negara, 2 tahun lalu.

Anwar, 66, memfailkan saman itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil dengan menamakan Dr Mazlan Ismail, TV3 dan Utusan sebagai defendan pertama hingga ke-3.

Dalam saman yang difailkan melalui firma guaman Tetuan Karpal Singh & Co itu, Anwar mendakwa Mazlan menyebabkan TV3 menyiarkan perkataan fitnah yang disiarkan di Buletin Utama pada 8 malam 2 Ogos 2013.

Ketua umum PKR itu juga mendakwa Mazlan menyebabkan perkataan fitnah itu diterbitkan di akhbar Utusan Malaysia bertarikh 3 Ogos 2013.

Beliau mendakwa perkataan fitnah itu merupakan fitnah serius dan berniat jahat oleh defendan yang membawa maksud beliau seorang yang tidak beretika, terlibat dalam rasuah, melakukan aktiviti berunsur jenayah, tidak jujur dan tidak bermoral.

Turut Hadir di mahkamah hari ini ialah isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, anak sulungnya, Nurul Izzah serta penyokong bekas ketua pembangkang itu.

Sementara itu, Anwar sempat menyapa wartawan dan berkongsi pengalaman berpuasa di dalam penjara.

“Puasa okey, selamat berpuasa semua,” kata bekas ahli Parlimen Permatang Pauh itu.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments