Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Beras tiruan plastik tidak wujud di Malaysia, kata pengilang beras

 | June 15, 2017

Tindakan undang-undang akan diambil ke atas mereka yang menyebarkan berita palsu tentang beras tiruan plastik.

beras-plastikALOR SETAR: Pengilang-pengilang beras dari wilayah utara hari ini menafikan wujudnya beras palsu yang diperbuat daripada plastik di negara ini seperti yang ditularkan menerusi laman sosial sejak kebelakangan ini.

Pengerusi Pengilang Beras Sinomalay Kedah, Tan Yen Seong berkata perkara itu sangat tidak logik memandangkan harga plastik lebih mahal daripada beras.

“Ia sangat tidak berasas. Pihak kami merasakan wujudnya keadaan beras plastik adalah kerana kesilapan cara pengguna memasak beras itu. Seperti yang kita tahu, setiap jenis beras perlu dimasak dengan cara berbeza.

“Mungkin ketika masak, pengguna meletakkan air yang sedikit hingga menyebabkan nasi yang dimasak menjadi keras seperti plastik,” katanya pada sidang media mengulas beras palsu di pejabat persatuan terbabit.

Tan berkata pihaknya sangat kesal dengan penularan berita beras palsu di media sosial yang menjejaskan imej pengilang selain menyebabkan pengguna waswas untuk membeli beras yang ada di pasaran.

Beliau juga berkata pihaknya tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang ke atas mereka yang menyebarkan berita palsu itu sehingga mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pengguna.

Pengguna yang masih waswas mengenai kualiti beras yang dibeli, diseru merujuk kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan di tempat masing-masing.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments