Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Kerusi Pujut: BN Sarawak mahu kemuka rayuan

 | June 18, 2017

Abang Johari bagaimanapun berkata beliau tidak tahu bila rayuan akan difailkan kerana ia perlu dibincangkan dengan Peguam Negeri terlebih dahulu.

Abang-Johari-Tun-Openg_Tiong-Choon32

KUCHING: Ketua Menteri Sarawak berkata Barisan Nasional (BN) negeri akan merayu ke Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuching yang mengisytiharkan sebagai batal dan tidak sah perlucutan kelayakan Dr Ting Dr Tiong Choon sebagai Adun Pujut oleh Dewan Undangan Negeri (DUN).

Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata kerajaan negeri menghormati keputusan Mahkamah Tinggi tetapi akan merayu di Mahkamah Persekutuan.

“Kami akan umumkan keputusan (merayu). Mahkamah (Tinggi) lebih memfokus kepada perkara undang-undang,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan Hari Raya kepada 400 penerima pada Program Ihsan Ramadan Satok di sini hari ini.

Abang Johari bagaimanapun berkata beliau tidak tahu bila rayuan akan difailkan kerana ia perlu dibincangkan dengan Peguam Negeri terlebih dahulu.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Douglas Cristo Primus Sikayun semalam memutuskan sebagai tidak sah keputusan DUN itu melucutkan kelayakan Tiong Choon sebagai Adun Pujut pada 12 Mei atas alasan beliau mempunyai dua kerakyatan (Malaysia dan Australia).

Mahkamah mengembalikan kedudukan beliau sebagai Adun Pujut, dan pilihan raya kecil tidak akan diadakan.

Hakim juga mengarahkan speaker DUN Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar dan Menteri Kewangan Kedua Sarawak Datuk Seri Wong Soon Koh, selaku defendan pertama dan kedua membayar RM100,000 kepada plaintif sebagai kos mahkamah.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments