Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

AmBank: Terlalu awal kata penggabungan sebabkan pekerja dibuang

 | June 19, 2017

Pengasas dan pengerusi Ambank menepis dakwaan penganalisis yang kedua-dua bank itu tidak akan membawa sebarang sinergi dari segi sumber pendapatan dan penawaran.

Azman-Hashim_ambanknew003

KUALA LUMPUR: Terlalu awal untuk mengatakan penggabungan AmBank dan RHB Bank Berhad akan menyebabkan pekerja dibuang atau dikurangkan, kata Tan Sri Azman Hashim.

Pengasas dan pengerusi AmBank Group itu berkata, penggabungan kedua-dua bank itu perlu diteruskan terlebih dahulu.

“Kita tidak tahu apa yang akan berlaku. Ia terlalu awal untuk bercakap mengenainya,” katanya selepas menyerahkan Biasiswa Azman Hashim-Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, hari ini.

Pada 1 Jun lalu, RHB dan AmBank mengumumkan Bank Negara meluluskan hasrat mereka untuk memulakan perbincangan bagi tujuan penggabungan. Kedua-dua bank itu kemudiannya menandatangani 1 perjanjian yang akan tamat tempoh pada 30 Ogos ini dan bergerak ke arah penggabungan semua saham.

Difahamkan, RHB akan menjadi pemeroleh dalam penggabungan berpotensi itu yang dianggarkan bernilai kira-kira AS$9 bilion (RM38.59 bilion). Kedua-dua bank itu mempunyai 25,000 pekerja apabila bergabung.

Hari ini, Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE) mempersoalkan rancangan penggabungan itu yang dikatakan melanggar perjanjian kolektif, di mana pihak bank perlu berunding dengan kesatuan terlebih dahulu.

Setiausaha Agungnya, J Solomon kecewa dangan tindakan itu yang sekali gus menggambarkan sikap tidak menghormati kepentingan pekerja.

“Tiada sebab untuk mengabaikan kesatuan, perjanjian kolektif dan pekerja-pekerja terbabit. Pekerja-pekerja negara ini adalah nadi kepada pertumbuhan ekonomi dan tidak boleh dilayan dengan cara seperti ini.”

Penggabungan itu akan menjadikan ia bank ke-4 terbesar di negara ini dengan aset berjumlah RM365.9 bilion, kurang sedikit daripada aset Public Bank berjumlah RM380.1 bilion.

Walaupun penggabungan itu boleh menjimatkan kos, Azman bagaimanapun menolak dakwaan penggabungan 2 bank itu tidak akan membawa sebarang sinergi dari segi aliran pendapatan dan penawaran.

Ambank ialah salah satu pemberi pinjaman kereta terbesar di Malaysia dan kini menumpukan pertumbuhan dalam bidang pinjaman hartanah serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

RHB pula mempunyai francais kukuh dalam perbankan pelaburan dan berminat mengembangkan sayap dalam segmen PKS. Salah satu pemacu utama pertumbuhan pinjaman RHB ialah hartanah.

“Kami akan mengisi jurang itu. Tetapi, sudah tentu akan ada sinergi,” kata Azman sambil menambah penggabungan itu akan menjadikan 2 bank terbabit lebih kukuh.

“Ia adalah situasi menang-menang. Kita akan jadi lebih besar dari segi kapasiti dan risikonya juga lebih besar. Jadi, ia lebih kompetitif.”

Pada 5 Jun lalu, 2 pakar ekonomi iaitu Profesor Ekonomi di Sunway University Business School, Dr Yeah Kim Leng dan pengarang beberapa buku ekonomi, Prof Hoo Kee Ping memberi amaran penggabungan RHB-AmBank akan menyaksikan beribu kakitangan hilang pekerjaan.

Mereka menggesa kedua-dua bank itu melatih pekerja terjejas melakukan tugas jualan atau menawarkan skim pengasingan sukarela yang akan memberi peluang kepada mereka belajar kemahiran baru.

Katanya, pekerja boleh dilatih bekerja dalam sektor pertumbuhan baru seperti teknologi kewangan (FinTech), perbankan atas talian, pengurusan kekayaan dan pelaburan insurans perbankan.

Penggabungan RHB-Ambank: NUBE kecewa ‘dianak tiri’


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments