Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Anggota TUDM, warga Indonesia bebas tuduhan Sosma

 | June 19, 2017

Keterangan ketiga-tiga tertuduh sentiasa konsisten dan hakim mendapati keterangan mereka berjaya menimbulkan keraguan terhadap mahkamah.

VIDEO INSIDE

rmaf2KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi membebaskan 2 anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan seorang pendawai elektrik warga Indonesia dari tuduhan mempromosikan keganasan.

Hakim, Ab Karim Ab Rahman bagaimanapun menetapkan ketiga-tiga tertuduh direman sehingga kes tertangguh selesai di peringkat Mahkamah Persekutuan.

Mereka akan direman di penjara Sungai Buloh dan tidak dibebaskan serta merta kerana ditahan bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) (Akta 747).

Dua anggota TUDM itu ialah Mohd Yusri Mohamed Yusof, 31, dan Nor Azmi Jailani, 30, manakala seorang lagi warga Indonesia, Ali Saifuddin, 30.

Mereka diwakili 3 peguambela iaitu Mohd Kamarul Arifin Mohd Wafa, Farida Mohammad dan Syahredzan Johan.

“Keterangan tertuduh sentiasa konsisten dan saya dapati keterangan mereka berjaya menimbulkan keraguan terhadap mahkamah,” kata Ab Karim sewaktu membacakan keputusan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Ab Karim berkata, terdapat perbezaan keterangan dari saksi utama iaitu Abu Daud Murad Halimmuddin, 26, dalam kes ini dengan keterangan 3 individu ini sewaktu sesi penghujahan.

Abd Karim menjelaskan, walaupun 3 tertuduh ini pernah bertemu dengan Abu Daud, namun tujuan pertemuan itu bukanlah untuk bersetuju dengan tindakan dan rancangan Abu Daud.

Abu Daud bersama bapanya merancang untuk menculik pemimpin tertinggi negara, merompak senjata, membebaskan tahanan Sosma dan berjihad di Syria.

Abu Daud kekal menjalani hukuman penjara 12 tahun kerana mempromosikan perbuatan keganasan selepas mahkamah rayuan yang diwakili 3 panel hakim menolak keputusan rayuan dan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi.

Abu Daud merupakan anak lelaki kepada ahli kumpulan militan IS, Murad Halimmuddin Hassan, 50, yang meninggal dunia di Hospital Teluk Intan ketika menjalani hukuman di Penjara Tapah, Perak.

 


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments