Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Dipenjara sehari, denda RM4,000 hina Najib

 | June 19, 2017

Pengurup wang itu mengaku bersalah memuat naik kenyataan menghina Najib di Facebook tahun lalu.

Mohd-Nasaruddin-SaironKUALA LUMPUR: Seorang pengurup wang menanggung akibatnya memuat naik kenyataan menghina Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Facebook tahun lalu.

Mohd Nasaruddin Sairon yang berasal dari sebuah penempatan Felda di Kota Tinggi, Johor dijatuhi hukuman penjara sehari dan didenda RM4,000 oleh Mahkamah Sesyen selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.

Lelaki berusia 41 tahun yang tidak diwakili peguam itu didakwa melakukan kesalahan tersebut selepas beliau memuat naik satu kenyataan tentang Najib di Facebook pada 8 Oktober 2016.

Kenyataan Nasaruddin itu dibaca pengguna Facebook lain dan seorang pengguna, Khalijah Mohamed membuat aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) pada hari berikutnya.

Mereka yang didapati bersalah memuat naik kenyataan menyakitkan hati orang lain di ruang siber boleh didenda sehingga RM50,000 atau 12 bulan penjara atau kedua-duanya.

Pengarah Pendakwaan SKMM, Mohd Sophian Zakaria berkata, kesalahan itu serius dan penyalahgunaan media sosial merupakan trend sekarang.

“Tidak wajar menggunakan kata-kata menghina terhadap ketua kerajaan,” katanya.

Beliau meminta hukuman berat dikenakan kepada tertuduh sebagai amaran kepada pengguna media sosial lain.

Nasaruddin dalam rayuannya memohon hakim, Zaman Mohd Noor menjatuhkan hukuman ringan kerana ia adalah kesalahan pertamanya.

Hakim kemudian menjatuhkan hukuman penjara sehari dan denda RM4,000 atau penjara 2 bulan sebagai ganti.

Nasaruddin yang membayar denda tersebut berkata, dia akan kekal dalam mahkamah sehingga 4 petang ini untuk memenuhi hukuman penjara sehari itu.

 


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments