Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Kit Siang gesa PH tutup mulut 1 bulan dengan media

 | June 19, 2017

Pemimpin DAP itu tidak mahu PH memberi peluang kepada propaganda dan ‘cybertrooper’ Umno.

lim-kit-siang-anwarPETALING JAYA: Lim Kit Siang mencadangkan pemimpin pembangkang berhenti bercakap dengan media selama sebulan berkenaan rundingan dan mesyuarat di kalangan anggota Pakatan Harapan.

Menurut pemimpin DAP itu, moratorium itu mengelakkan kenyataan negatif dan pemberian maklumat yang boleh dieksploitasi parti musuh.

“Terlalu banyak berita, laporan dan latar belakang penulisan negatif mengenai PH yang melahirkan rasa tidak yakin dan kecewa masyarakat tentang perubahan politik dan pilihan raya negara.

“PH mesti bertindak balas secara positif terhadap rintihan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama atau kawasan untuk kepimpinan, mengubah dan memulihkan semula dasar dan arahan pembangunan negara,” kata Lim yang juga wakil rakyat Gelang Patah itu, sambil menambah PH sepatutnya mengambil peluang di atas kelemahan Barisan Nasional (BN) sekarang.

“Najib dan gabungan Umno/BN kini bagaikan nyawa di hujung tanduk dengan kegagalan, salah guna kuasa dan skandal terutamanya dalam isu kewangan 1MDB dan FGV di saat negara sedang menghadapi kejatuhan dari segi ekonomi, pendidikan, sosial dan pembangunan negara,” katanya.

Beliau menggesa PH tidak membiarkan pengundi Malaysia terhadap PH berkurangan.

PH baru-baru ini mengadakan siri rundingan sebelum mendaftarkan gabungan itu menjelang pilihan raya umum akan datang.

Bagaimanapun, beberapa isu dilihat masih belum mendapat persetujuan, termasuk soal siapa bakal menjadi perdana menteri sekiranya ia berkuasa.

Bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini menarik diri daripada dicalonkan sebagai perdana menteri.

 

Anwar tidak mahu tawar diri jadi calon PM


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments