Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Laporan: UAE tunggu kelulusan DoJ beli 50% kepentingan hotel Jho Low

 | June 19, 2017

Ia antara aset milik Jho Low, yang disebut oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat sebagai hasil wang curi 1MDB

joh-low_Mubadala_1mdb_new_600

PETALING JAYA: Syarikat milik kerajaan UAE Mubadala Development Co sedang cuba mendapatkan kelulusan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) untuk membeli sepenuhnya Kumpulan Hotel Viceroy daripada taikun kelahiran Malaysia, Lee Taek Jho, yang kini terpalit dengan tuduhan melarikan wang 1MDB, lapor akhbar Financial Times (FT).

Menurut FT, Mubadala kini memilik kepentingan 50% Hotel Viceroy.

Akhbar itu berkata 50% lagi kini dimiliki Lee, atau Jho Low yang dituduh membelinya menggunakan wang 1MDB, seperti tercatat dalam permohonan terbaru DoJ untuk merampas aset bernilai RM2.3 bilion kerana didakwa hasil daripada wang curi 1MDB.

FT berkata hasil penjualan 50% kepentingan itu akan disimpan dalam sebuah akaun amanah yang dibekukan DoJ.

DoJ sebelum ini berkata Jho Low memiliki kepentingan bernilai AS$31 juta dalam Kumpulan Hotel Viceroy.

Khamis lalu, DoJ memfailkan permohonan merampas pelbagai aset yang didakwa diperolehi menerusi dana yang diseleweng daripada 1MDB, antaranya lukisan, kapal layar dan barang kemas.

Dokumen lebih 200 mukasurat turut menyenaraikan 27 barang kemas yang dihadiahkan kepada isteri “Malaysian Official 1” (MO1) berjumlah AS$1.3 juta (RM5.5 juta) daripada Jho Low, yang kini dipercayai berada di China.

Dokumen yang dikeluarkan DoJ itu merupakan rentetan daripada kertas siasatan yang diumumkan pada Julai tahun lalu, di mana pihak berkuasa AS membuat permohonan menyita aset yang dikaitkan dengan wang 1MDB berjumlah lebih AS$1 bilion.

Ia bagaimanapun dikritik pemimpin kerajaan kerana tidak cukup bukti, di samping didakwa mempunyai agenda politik.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments