Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Masih ada peluang bank kecil mengukuh, kata pengerusi AmBank

 | June 19, 2017

Azman Hashim berkata, bank bersaiz kecil perlu menilai sendiri di mana kedudukan mereka pada masa depan.

Azman-Hashim_rhb_ambank_new_600

KUALA LUMPUR: Prospek sektor perbankan kekal cerah memandangkan ia mencatat kemajuan pada suku lalu, kata Pengerusi AMMB Holdings Bhd (AmBank Group), Tan Sri Azman Hashim.

Beliau berkata, sektor itu juga mahu mencapai kemampanan.

“Kita mahu mencatat kemampanan dan berharap ia lebih baik daripada tahun lepas,” katanya selepas penyampaian biasiswa kepada 10 penuntut ijazah pertama dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), hari ini.

Pada 1 Jun lalu, AmBank Group – bank ke-6 terbesar di Malaysia bersama RHB Bank – bank ke-4 terbesar Malaysia, mengumumkan mereka mendapat kelulusan Bank Negara untuk memulakan perbincangan bagi tujuan penggabungan.

Mengenai industri perbankan secara keseluruhannya, Azman berpendapat masih ada peluang untuk lebih banyak bank kecil mengukuh.

“Penggabungan dipacu kuasa pasaran. Saya berpendapat masih ada peluang untuk pengukuhan,” katanya.

Azman berkata, bank bersaiz kecil perlu menilai sendiri di mana kedudukan mereka pada masa depan.

“Adakah mereka mahu terus kekal dalam saiz sama? Apabila bank itu kecil, dikatakan ia membawa makna menjadi aktif, namun ia juga mementingkan saiz,” katanya.

Beliau berkata, cadangan penggabungan AmBank Group dan RHB Bank merupakan “perjanjian menang-menang” dan memberi faedah kepada kedua-dua bank itu, memandangkan ia akan memajukan entiti berkenaan menjadi yang ke-4 terbesar di Malaysia, selepas Public Bank Bhd, CIMB Group Holdings dan Malayan Banking Bhd.

“Kita masih tidak tahu bentuk gabungan entiti itu, dan masih awal untuk mengulas apa-apa di peringkat ini,” katanya.

AmBank: Terlalu awal kata penggabungan sebabkan pekerja dibuang


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments