Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Mercun haram, bunga api boleh, kata mufti Kelantan

 | June 19, 2017

Mufti berkata tidak ada asas untuk mengaitkan mercun dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri.

MuftiPETALING JAYA: Bermain dengan bahan yang membahayakan diri sendiri atau orang lain adalah bertentangan dengan ajaran Islam, kata mufti Kelantan di samping menyeru mercun diharamkan.

Mufti Kelantan Mohamad Shukri Mohamad berkata tidak ada asas untuk mengaitkan mercun dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri, dilaporkan The Star.

Beliau berkata demikian berikutan banyak kes kecederaan yang berlaku, terutamanya yang melibatkan kanak-kanak,akibat bermain dengan mercun pada bulan Ramadan.

Lebih daripada 9 kes dilaporkan dalam tempoh 3 minggu lalu, yang hanya berlaku di Kedah, Kelantan dan Pahang.

Shukri berkata, seluruh industri di sebalik pembekalan mercun kepada orang awam perlu dijauhi orang Islam kerana ia menyalahi undang-undang.

Menurut undang-undang tempatan, pembuatan, penjualan dan pemilikan bahan api peledak adalah satu kesalahan.

Bagaimanapun, secara amnya bermain bunga api boleh diterima.

“Islam melarang penganutnya melanggar undang-undang negara. Jadi, dengan kata lain, ia adalah ‘haram’ (dosa),”katanya dipetik sebagai memberitahu The Star.

Di bawah Seksyen 8 Akta Letupan 1957, sesiapa yang didapati bersalah menjual bahan peledak tanpa izin akan dikenakan hukuman penjara sehingga 7 tahun dan denda sehingga RM10,000.

Begitu juga, Seksyen 4 (2) akta yang sama menyatakan pembuatan, pengimportan dan pemilikan mercun adalah satukesalahan yang boleh dihukum.

Ia membawa hukuman penjara maksimum 5 tahun atau denda RM10,000, atau kedua-duanya, jika disabit kesalahan.

 


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments