Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Pakar ekonomi veteran bakal ganti Isa Samad?

 | June 19, 2017

Penggantinya mempunyai rekod perkhidmatan 4 dekad dengan kerajaan.

Sulaiman-MahboobKUALA LUMPUR: Seorang bekas pegawai tinggi kerajaan yang pernah berkhidmat di beberapa kementerian bakal menggantikan Tan Sri Isa Abdul Samad sebagai pengerusi Felda Global Ventures Holdings (FGV) Bhd, menurut akhbar New Straits Times (NST) yang memetik sumber.

Menurut NST, pengumuman mengenai pelantikan Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob akan dibuat hari ini.

Ia di sebalik pelbagai tuduhan salah laku melibatkan syarikat itu, yang turut menyaksikan persengketaan terbuka Isa dengan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV, Datuk Zakaria Arshad yang kini bercuti sementara siasatan dijalankan.

Sulaiman mempunyai rekod perkhidmatan hampir 40 tahun, dan pernah mengetuai Unit Perancang Ekonomi (EPU) di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Lulusan ekonomi dari Universiti Malaya pada 1971, Sulaiman menerima sarjana dari University of London sebelum dianugerahkan Ph.D di Syracuse University, New York pada 1986.

Beliau pernah berkhidmat sebagai ketua setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan setiausaha Kementerian Kewangan.

Beliau juga pernah menganggotai Lembaga Pengarah Petronas, Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan juga pengerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan (Mida).

 


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments