Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Pelajar Tingkatan 4, 5 antara didakwa bunuh Nhaveen

 | June 19, 2017

Semua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum mandatori gantung sampai mati jika disabit kesalahan.

VIDEO INSIDE

Nhaveen-murderGEORGE TOWN: Empat remaja termasuk pelajar Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 dihadapkan ke Mahkamah Majistret hari ini atas tuduhan membunuh mangsa buli T. Nhaveen pada 9 Jun lepas.

J.Ragesuthen, 18, dan S.Gokulan, 18, serta 2 lagi remaja lelaki berkenaan dituduh melakukan kesalahan itu secara bersama di antara 11 malam hingga 12 tengah malam berhampiran Pusat Pembelajaran Karpal Singh, Jalan Kaki Bukit, Gelugor.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan dan semua tertuduh mengangguk tanda faham setelah pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Bagi pertuduhan itu, semua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang jika sabit kesalahan boleh dihukum mandatori gantung sampai mati.

Majistret Mohamad Amin Shahul Hamid menetapkan 28 September depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Fatin Hussin manakala tertuduh belum melantik peguam.

Di Mahkamah Sesyen semua remaja berkenaan mengaku tidak bersalah bagi pertuduhan secara bersama menyebabkan kecederaan parah terhadap T.Preevin, 19, pada 9 Jun lepas.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu pada tarikh, masa dan tempat yang sama.

Semua tertuduh didakwa menurut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama, yang jika sabit kesalahan, boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebatan.

Hakim Irwan Suaibon menetapkan 21 Ogos ini sebagai tarikh sebutan semula kes berkenaan dan lantikan peguam manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Lim Saw Sin.

Nhaveen, 18, cedera parah akibat dipukul sekumpulan lelaki di Jalan Kaki Bukit, sehingga mati otak selain mengalami kecederaan di bahagian dubur.

Dia meninggal dunia pada Khamis lepas setelah 5 hari koma di Unit Rawatan Rapi, Hospital Pulau Pinang.

Rakannya, Previin dilapor turut dipukul kumpulan berkenaan menggunakan topi keledar namun sempat melarikan diri bagi mendapatkan bantuan.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments