Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Radar rakam penuh pesawat Hawk 108 sehingga saat terhempas

 | June 19, 2017

TUDM juga sudah menjumpai kedua-dua kerusi anjal pesawat malang itu

hawk-108,-TUDMKEMAMAN: Radar pengesan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) merakam penuh tragedi nahas pesawat Hawk 108 sehingga ke saat akhir ia terhempas, kata Panglima TUDM, Jeneral Datuk Seri Affendi Buang.

Beliau berkata radar pengesan itu digunakan pada hari penerbangan pesawat Hawk pada Khamis lepas, sebelum nahas itu berlaku.

“Dari segi aspek penyiasatan, TUDM telah memperoleh bukti awal daripada radar pengesan dan masih terlalu awal untuk kami membuat kesimpulan dengan apa yang sebenarnya berlaku.

“Di lokasi nahas, TUDM berjaya menjumpai kedua-dua kerusi anjal pesawat Hawk dan bahagian besar bangkai pesawat itu yang tidak tertimbus di kawasan paya,” katanya pada sidang media ketika meninjau kawasan nahas pesawat Hawk di Kampung Yak Yah di sini, hari ini.

Affendi berkata selepas memperoleh komponen pesawat itu, TUDM membuat lakaran kasar untuk menentukan kemungkinan keadaan sebenar pesawat itu terhempas di kawasan berkenaan.

Dalam insiden pada Khamis lalu, juruterbang Mejar Yazmi Mohamed Yusof dan Mejar Mohd Hasri Zahari terkorban selepas menyelematkan diri menggunakan payung terjun kecemasan ketika pesawat mereka terhempas.

Mayat kedua-dua mereka ditemui di kawasan hutan berpaya sebuah kampung di Chukai.

 

Pesawat Hawk 108 masih belum ditemui


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments