Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Saya tidak mahu komen saman DoJ, kata Najib

 | June 19, 2017

Najib enggan mengulas tindakan DoJ pada Jumaat lalu kerana terlalu banyak kenyataan dikeluarkan pelbagai pihak berhubung isu itu.

najibPUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak enggan mengulas tindakan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) memfailkan permohonan baru untuk menuntut AS$540 juta (RM2.3 bilion) wang yang dikaitkan dengan dana yang dicuri daripada 1MDB, Jumaat lalu.

Ini kerana, kata perdana menteri, terlalu banyak kenyataan dikeluarkan pelbagai pihak mengenai isu itu.

“Sudah (ada) banyak kenyataan, tak payah. Saya sudah keluarkan kenyataan,” katanya pada sidang media selepas majlis penyerahan kunci Pembangunan Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) hari ini.

Beberapa jam selepas dokumen itu dikeluarkan, setiausaha akhbar Najib, Datuk Seri Tengku Sarifuddin Tengku Ahmad menyelar tuntutan terbaru itu yang menamakan “beberapa perkara dan individu” adalah “tidak perlu”.

“Ia menunjukkan wujud motivasi melangkaui matlamat merampas aset,” katanya sambil berkata siasatan pihak berkuasa Malaysia sebelum ini menunjukkan tiada jenayah dalam 1MDB.

Namun, Najib sendiri belum memberikan sebarang komen tentang perkara itu secara peribadi.

Ditanya adakah beliau akan mengambil tindakan memfailkan saman terhadap DoJ, Najib segera mencelah soalan dikemukakan wartawan.

“Siapa yang nak saman? Tiada lagi kenyataan (tentang DoJ),” katanya.

Dalam tindakan menyita lebih banyak aset dikaitkan dengan wang diseleweng daripada 1MDB, DoJ dalam tuntutan lebih 200 muka surat itu turut menyenaraikan 27 barang kemas yang dihadiahkan kepada isteri “Malaysian Official 1” (MO1) berjumlah AS$1.3 juta (RM5.5 juta) daripada taikun kelahiran Pulau Pinang, Low Taek Jho atau Jho Low, yang kini dipercayai berada di China.

 

Jika berani, samanlah, Dr Mahathir beritahu Rosmah


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments