Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Selepas raya, mi dan buah-buahan import dikenakan GST, kata laporan

 | June 19, 2017

Ia merupakan antara 60 barang makanan yang bakal ditamatkan status pengecualian GST pada 1 Julai.

gstPETALING JAYA: Beberapa barang makanan yang selama ini dikecualikan daripada cukai barang dan perkhidmatan (GST) bakal naik harga, susulan keputusan kerajaan menamatkan pengecualian cukai 6% itu, menurut laporan China Press.

Mulai 1 Julai, lebih daripada 60 barang makanan akan dikenakan GST, termasuk beberapa jenis makanan laut, sayur-sayuran, buah-buahan, teh, kopi, rempah dan mi.

Ketua Pengarah Jabatan Kastam Datuk Subromaniam Tholasy ketika dihubungi FMT berkata kenyataan rasmi mengenainya akan dikeluarkan petang ini.

Antara makanan yang terkesan ialah belut, ikan todak dan buah-buahan yang diimport seperti avokado, buah ara, anggur, buah pic, ceri dan beri.

Barang makanan lain yang akan dikenakan GST 6% termasuk bihun, kuey teow, laksa mi dan minyak kelapa.

Di bawah kategori sayur-sayuran, kentang, kacang panjang, kacang, bayam dan jagung manis akan mula dikenakan GST.

Kerajaan memperkenalkan GST 6% ke atas barangan dan perkhidmatan pada April 2015.

Ketika membentangkan Bajet 2015 pada Oktober 2014, Datuk Seri Najib Razak membutirkan beberapa barang makanan yang dikecualikan GST.

Antaranya ialah semua jenis buah-buahan tempatan dan diimport, roti putih dan roti wholemeal, serbuk kopi, serbuk teh dan serbuk koko, dan mi kuning, kuey tiau, laksa dan bihun.

 


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments