Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Telefon bimbit sumbang 35% kemalangan jalan raya

 | June 19, 2017

Penggunaan telefon bimbit semasa memandu juga boleh menyebabkan aliran trafik perlahan bahkan turut mengundang kemalangan.

telefon-bimbit,-kemalanganYAN: Penggunaan telefon bimbit semasa memandu menyumbang sehingga 35% kadar kemalangan di negeri ini.

Ketua Polis Kedah Datuk Asri Yusoff berkata tindakan itu juga boleh menyebabkan aliran trafik menjadi perlahan disebabkan fokus pemanduan terjejas.

“Risiko mungkin kurang jika pemandu menggunakan ‘handsfree’, namun penggunaan telefon bimbit boleh mengakibatkan aliran trafik perlahan bahkan turut mengundang kemalangan,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas melancarkan Ops Selamat 11/2017 Sempena Hari Raya Aidilfitri peringkat negeri Kedah di perkarangan Balai Polis Guar Chempedak hari ini.

Asri berkata sebanyak 54 kawasan disenaraikan sebagai lokasi kerap berlaku kemalangan di negeri ini dalam Ops Selamat 11/2017 yang bermula 18 Jun sehingga 2 Julai ini.

“Kita mensasarkan penurunan 5% kes kemalangan tahun ini. Jumlah kemalangan yang direkodkan di negeri pada Ops Selamat pada Hari Raya Aidilfitri 2016 adalah 1,201 kes, memperlihatkan peningkatan sebanyak 11 kes kemalangan atau 1% berbanding tahun sebelumnya sebanyak 1,190 kes,” katanya.

Beliau turut mengingatkan individu yang meninggalkan rumah untuk pulang ke kampung menyambut hari raya supaya memaklumkan kepada polis menerusi Borang Maklumat Balik Kampung untuk menjamin keselamatan rumah mereka.

“Borang itu boleh diperoleh di balai dan juga dimuat turun daripada Portal Rasmi PDRM (Polis Diraja Malaysia) malah pemakluman juga boleh dilakukan menerusi aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) yang boleh dimuat turun melalui Play Store dan Apple Store,” katanya.

 


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments