Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Pesawat Hawk 108 lulus pemeriksaan sebelum terbang, kata TUDM

 | June 19, 2017

Markas Tentera Udara berkata pesawat itu melalui proses penerbangan pemeriksaan pasca senggaraan 2 hari sebelum kejadian nahas tersebut.

Hawk-108KUALA LUMPUR: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) hari ini menafikan khabar angin yang tersebar mendakwa pesawat Hawk 108 yang terhempas di Chukai, Kemaman, Terengganu, Khamis lepas diketahui bermasalah.

Markas Tentera Udara dalam kenyataan hari ini berkata pesawat itu melalui proses penerbangan pemeriksaan pasca senggaraan 2 hari sebelum kejadian nahas tersebut.

“TUDM tidak akan berkompromi tentang keselamatan dan ‘airworthiness’ (layak terbang) pesawat serta sentiasa menekankan tahap tertinggi dalam penyelenggaraan pesawat di bawah kawalan TUDM,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, TUDM menemui beberapa serpihan pesawat Hawk 108 termasuk kedua-dua kerusi anjal dalam operasi berhampiran Kampung Yak Yah, Chukai.

Beliau berkata operasi mencari serpihan pesawat selebihnya akan diteruskan dalam usaha TUDM melengkapkan siasatan bagi menentukan punca kejadian.

Kenyataan itu turut menyebut, pasukan TUDM mengalami kesukaran dalam operasi terbabit berikutan keadaan muka bumi dan tanah yang lembut serta berpaya di tapak kejadian.

Bagaimanapun, TUDM mendapatkan bantuan daripada beberapa agensi bagi melancarkan usaha pencarian dan pengumpulan serpihan termasuk Tentera Darat Malaysia, Rejimen Askar Jurutera Diraja, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (STRIDE).

Tragedi pesawat terhempas pada Khamis lepas mengorbankan 2 juruterbang TUDM, Mejar Hasri Zahari, 31, dan Mejar Yazmi Mohamed Yusof, 39.

Pesawat malang berkenaan berlepas dari Pangkalan Udara Kuantan pada jam 11 pagi hari tersebut dan terputus hubungan setengah jam kemudian sebelum mayat kedua-dua mangsa ditemui pada jam 2.30 petang di hutan paya kampung berkenaan.

 


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments