Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Van putih rempuh orang ramai di luar masjid di London

 | June 19, 2017

Ia merupakan insiden berdarah ketiga berlaku di kota London dalam masa kurang sebulan.

london-van3LONDON: Sebuah van dilaporkan “sengaja” merempuh jemaah yang sedang keluar sebuah masjid di Finsbury Park di utara London, tengah malam tadi waktu United Kingdom (sekitar 7.00 pagi waktu Malaysia).

Beberapa media Britain memetik polis Britain sebagai berkata mereka bergegas ke tempat kejadian di Seven Sisters Road sejurus menerima laporan sekitar 11.20 malam waktu tempatan.

The Independent melaporkan orang ramai mengepung van itu. Polis turut mengesahkan seorang lelaki ditangkap.

Masjid di Finsbury Park sebelum ini menjadi sasaran tuduhan ia terbabit dalam keganasan oleh bekas pemimpin pergerakan berhaluan kanan, English Defence League (EDL), Tommy Robinson.

Dipercayai umat Islam baru saja selesai solat Tarawih.

Kejadian itu merupakan insiden berdarah ketiga berlaku di London dalam tempoh kurang sebulan, selepas peristiwa serangan di pusat bandar raya dan kebakaran Grenfell Tower di utara Kensington yang meragut puluhan nyawa.

Polis masih belum mengklasifikasikan insiden terbaru ini sebagai keganasan.

 


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments