Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Walau lambat, Persatuan anak peneroka puji Isa letak jawatan

 | June 19, 2017

Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan, Mazlan Aliman berkata, peletakan jawatan Isa Samad itu ialah berita baik buat masyarakat Felda.

mazlan-alimanPETALING JAYA: Walaupun lambat, Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) menyifatkan peletakan jawatan Tan Sri Isa Samad sebagai pengerusi Felda Global Ventures Holdings (FGV) Bhd sebagai tindakan tepat.

Presidennya, Mazlan Aliman ketika dihubungi FMT menyifatkan peletakan jawatan Isa sebagai berita baik untuk peneroka Felda.

Isa meletak jawatan serta-merta hari ini, beberapa jam selepas mengadakan pertemuan dengan Datuk Seri Najib Razak di Putrajaya, pagi tadi.

Susulan itu, perdana menteri mengumumkan pakar ekonomi veteran, Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob memangku jawatan ditinggalkan Isa.

Bagi menghargai Isa, beliau dilantik sebagai pemangku pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), jawatan yang dikosongkan Tan Sri Syed Hamid Albar selepas bersara pada 3 Jun lalu.

Najib berkata, tindakan dalaman juga akan diambil untuk menentukan proses keadilan terhadap apa yang berlaku ke atas Ketua Pegawai Eksekutif FGV, Datuk Zakaria Arshad dan 3 pegawai kanan lain.

Peletakan jawatan Isa di sebalik kemelut dihadapi syarikat perladangan gergasi itu yang berdepan pelbagai tuduhan salah laku dan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Mengenai pelantikan Sulaiman, Mazlan berkata, timbul tanda tanya ketika beliau memegang jawatan pengarah bukan eksekutif bebas dalam FGV.

“Dia sebelum ini adalah pengarah bukan eksekutif FGV, ertinya dia ada peranan sebelum ini. Cuma timbul juga tanda tanya waktu beliau berada di situ, apakah peranan yang dimainkan beliau sehingga FGV berada dalam keadaan bermasalah.

“Kalau kita perhatikan ketua pegawai eksekutif ini telah bertukar dari zaman Tan Sri Sabri Ahmad, kemudian Datuk Mohd Emir Mavani Abdullah sehinggalah kepada zaman Datuk Zakaria Arshad dan saya tak pasti apakah peranan dilakukan Dr Sulaiman ini,” katanya.

Dalam pada itu, Mazlan berharap Zakaria yang kini digantung tugas akan dibenar menjalankan tugasnya semula.

“Saya harap kerajaan dalam masa sama menarik balik apa yang telah diputuskan Lembaga Pengarah FGV, sebab saya dari awal merasakan tidak adil tindakan penggantungan terhadap Zakaria.

“Soal siapa pengerusi yang benar-benar akan dilantik dalam FGV itu, kita harap biarlah calon-calon yang benar-benar mempunyai pengalaman luas dan mampu memikul tanggungjawab di ketika FGV itu sendiri berada dalam situasi sukar,” tegasnya.

 

Isa Samad letak jawatan pengerusi FGV, kini ke SPAD


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments