Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

DoJ: NGO pro-BN desak SPRM siasat komplot jatuhkan PM

 | June 21, 2017

Gerakan Memartabat Pejuang Negara berkata dakwaan mengatakan Yayasan Clinton yang diasaskan bekas presiden AS Bill Clinton membayar DoJ untuk membawa isu 1MDB bagi menjatuhkan Najib Razak.

razali-doj-sprmPUTRAJAYA: Sebuah NGO Melayu pro-BN hari ini mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan portal Malaysia Today mengenai komplot menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melalui skandal berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Gerakan Memartabat Pejuang Negara (GMPN) mahu SPRM merungkai isu sebenar yang hangat diperkatakan, susulan kontroversi saman baru Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat.

Presidennya Razali Zakaria berkata dakwaan itu mengatakan Yayasan Clinton membayar DoJ untuk membawa isu 1MDB bagi menjatuhkan Najib dan menghuru-harakan Malaysia. Yayasan diasaskan bekas presiden AS Bill Clinton selepas tamat tempoh presidennya.

“Kita minta SPRM menyiasat dan mengambil tindakan melibatkan isu yang hangat dibawa Malaysia Today dibawah Raja Petra Kamaruddin bahawa satu komplot untuk menjatuhkan perdana menteri melalui 1MDB dengan mengunakan DoJ,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan kepada SPRM di Putrajaya hari ini.

Dalam saman terbaru yang difailkan di California, DoJ mahu menyita AS$540 juta (RM2.3 bilion) aset termasuk karya seni, barang kemas, kapal layar AS$165 juta dan hak filem yang dibeli dengan dana yang didakwa digelapkan dari 1MDB.

Aset yang dinamakan dalam permohonan itu termasuk hak ke atas 2 filem komedi, “Dumb and Dumber To” yang dibintangi Jim Carrey dan “Daddy’s Home” yang dibintangi Will Ferrell.

Saman DoJ itu turut menyebut ahli perniagaan Malaysia Low Taek Jho (Jho Low) membeli rantai berlian merah jambu 22 karat bernilai RM27.3 juta untuk “isteri Malaysian Official One” (MO1), menggunakan sumber dana sama.

Tindakan itu menyusuli saman sivil pertama yang difailkan DoJ Julai lepas, yang mahu mendapatkan semula aset termasuk tetapi tidak terhad kepada hotel Park Lane di New York, hotel mewah di Beverly Hills, kondominium di New York, pesawat jet peribadi, karya seni, serta biaya filem Martin Scorsese “The Wolf of Wall Street”, yang dibintangi Leonardo DiCaprio.

Dengan tindakan terbaru itu, nilai keseluruhan aset yang dikehendaki DoJ meningkat kepada AS$1.8 bilion (RM7.7 bilion).

Sementara itu, GMPN turut membuat laporan berhubung dakwaan salahguna kuasa oleh Majlis Perbandaran Kajang (MPK).

Katanya, dakwaan itu melibatkan ahli majlis pihak berkuasa tempatan terbabit.

“Saya mendapat laporan daripada penduduk Taman Kajang Impian melibatkan bazar ramadan yang diluluskan oleh ahli majlis yang sepatutnya sebelum ini tak lulus…oleh kerana campur tangan ahli majlis maka mereka luluskan.

“GMPN sekali lagi membuat laporan kepada SPRM dan juga menghantar bukti untuk SPRM siasatan dan terpulang kepada SPRM untuk menyiasat berhubung salah guna kuasa MPKJ,” katanya.

Kami fail saman sivil guna fakta munasabah, kata DoJ


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments