Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Tubuh RCI terhadap dakwaan DoJ pula, kata Wan Azizah

 | June 22, 2017

Kerajaan tidak sepatutnya menunggu lebih 20 tahun lagi untuk menubuhkan sebuah siasatan diraja ke atas 1MDB, kata pembangkang.

wan-azizahPETALING JAYA: Sehari selepas kerajaan mengumumkan penubuhan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) untuk menyiasat skandal kewangan era 1980-an, pembangkang hari ini mendesak suruhanjaya sama ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) berhubung dana dilarikan daripada 1MDB.

“Keputusan kabinet menubuhkan RCI bagi menyiasat kerugian urus niaga mata wang asing oleh Bank Negara Malaysia adalah langkah yang amat dialu-alukan,” kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Semalam, Kabinet mengumumkan penubuhan RCI bagi menyiasat kerugian bank pusat sekitar tahun 1980-an dan 1990-an, iaitu ketika pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Maka di atas prinsip yang sama, saya menuntut penubuhan RCI bagi menyiasat dakwaan DoJ mengenai skandal 1MDB,” kata presiden PKR itu.

Dr Wan Azizah juga mengumumkan mesyuarat melibatkan semua pemimpin pembangkang pada 28 Jun ini bagi membincangkan pendedahan DoJ melibatkan 1MDB.

DoJ dalam saman terkini difailkan di California minggu lalu mendakwa pelbagai aset mewah dibeli menggunakan sejumlah AS$540 juta (RM2.3 bilion) yang dicuri daripada 1MDB.

Dr Wan Azizah tidak menolak kemungkinan tindakan Kabinet menubuhkan RCI menyiasat skandal kewangan BNM itu untuk mengalihkan tumpuan terhadap DoJ mengenai 1MDB.

Katanya RCI terhadap dakwaan DoJ akan membuktikan ia bukan bertujuan untuk mengalihkan perhatian.

“Kita tidak seharusnya menunggu 23 tahun untuk merungkai dakwaan penyelewengan 1MDB,” katanya.

wan-azizah-2Sementara itu, Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abdul Samad sebagai berkata tindakan Kabinet menubuhkan RCI menyiasat skandal forex itu hanya dibuat selepas Dr Mahathir menyokong pembangkang.

Wan Azizah turut mendesak kertas siasatan 1MDB dibuka semula.

“Saya menggesa institusi berwajib pejabat peguam negara,ketua polis negara, Suruhanjaya Negara Malaysia (SPRM) dan Bank Negara membuka semula kertas siasatan mengenai skandal ini.

“Peluang ini harus digunakan institusi berwajib kerana ini bukan sahaja untuk memgembalikan maruah negara yang sudah tercalar malah untuk mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap institusi yang didirikan untuk mempertahankan kedaulatan undang-undang serta memastikan wujudnya ketelusan.

Kabinet setuju tubuh RCI siasat kerugian forex BNM


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments