Kementerian siasat video pelajar dibuli rakan
Kamalanathan berkata, kementerian memandang berat akan hal itu dan akan berusaha menyelesaikan masalah disiplin pelajar secara total termasuk menyasarkan sifar kes buli.
PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan sedang menyiasat video memaparkan sekumpulan remaja berpakaian uniform sekolah mengganggu rakan mereka yang dipercayai mabuk, kata Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P. Kamalanathan.
Perbuatan berkenaan dipercayai berlaku di luar kawasan sekolah.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai video berkenaan semasa ditemui di Majlis Rumah Terbuka Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan anggota Jemaah Menteri di Seri Perdana di sini, hari ini.
Video 2 minit setengah itu dipercayai membabitkan 8 pelajar dimuat naik ke akaun Facebook Malaysian Tamilar Kural, Khamis lepas.
Dalam video itu, kesemua mereka juga dilihat saling berbalas kata-kata tidak sopan dalam bahasa Tamil.
Kamalanathan berkata, kementerian memandang berat akan hal itu dan akan berusaha menyelesaikan masalah disiplin pelajar secara total termasuk menyasarkan sifar kes buli.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram
Kementerian Pendidikan akan sentiasa terima pandangan dan teguran orang ramai untuk bantu dalam menyelesaikan masalah itu, katanya.