Malaysia kecam serangan kejam menjelang Aidilfitri di Pakistan
Wisma Putra berkata menjadi harapan Malaysia agar pelaku jenayah keji itu akan dibawa ke muka pengadilan.
KUALA LUMPUR: Malaysia hari ini mengutuk serangan kejam pada malam menjelang Aidilfitri di Karachi, Quetta dan Parachinar, Pakistan yang membunuh sekurang-kurangnya 80 orang dan mencederakan lebih 100 yang lain kelmarin.
Wisma Putra berkata kerajaan turut melahirkan takziah yang amat sangat dan simpati kepada kerajaan Pakistan dan keluarga para mangsa.
Ia mengesahkan tiada rakyat Malaysia yang dilapor terlibat dalam kejadian itu.
“Menjadi harapan kita agar pelaku jenayah keji itu akan dibawa ke muka pengadilan,” kata Wisma Putra dalam satu kenyataan.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram
Kementerian Luar menerusi Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Islamabad dan Konsul Jeneral di Karachi akan terus memantau keadaan,” katanya.