Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Mangsa banjir di Johor dibenar pulang

 | June 27, 2017

Kerajaan negeri mengarahkan JPS supaya membaiki benteng penahan ombak yang pecah dengan nilai kos berjumlah RM7,000 dengan kadar segera.

ayub

PETALING JAYA: Semua mangsa banjir di Johor yang dipindahkan semalam berikutan banjir kilat yang melanda negeri itu dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata seramai 43 mangsa daripada 7 keluarga di Batu Pahat ditempatkan hanya 1 malam di pusat pemindahan sementara (PPS).

“Semua mangsa banjir yang ditempatkan di PPS dibenarkan pulang, mereka hanya berada di pusat pemindahan pada malam pertama banjir bermula. Ketika ini keadaan kembali pulih,” katanya ketika dihubungi FMT.

Mengulas lanjut, Ayub berkata pihak kerajaan negeri mengarahkan Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) supaya membaiki benteng penahan ombak yang pecah dengan nilai kos berjumlah RM7,000 dengan kadar segera.

“JPS akan segerakan baik pulih benteng yang pecah melibatkan 5 tempat yang rosak dengan kos perbelanjaan RM70,000,” katanya.

Sementara itu bomba Johor berkata pihaknya mempunyai kekuatan mencukupi untuk menangani situasi banjir di Johor ketika ini meskipun di musim perayaan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Mohd Rizal Buang menambah perancangan dan persediaan awal memastikan bomba negeri turut bersedia menghadapi pelbagai bentuk bencana.

“Di Johor, hanya 20% anggota bercuti di musim perayaan manakala 80% lagi bekerja seperti biasa,” katanya ketika dihubungi FMT hari ini.

Menurut Rizal, situasi banjir di negeri itu dalam keadaan terkawal dan beransur pulih. Dalam keadaan semasa, jentera dengan 6 anggota disediakan di 2 kawasan terkesan iaitu Segamat dan Batu Pahat dan akan ditambah sekiranya perlu.

“Banjir yang berlaku ini hanya banjir kilat. Di Segamat, keadaan sudah mula surut, manakala di Batu Pahat, keadaan lambat surut ekoran benteng penahan ombak pecah disebabkan ombak besar,” katanya.

Semalam lebih 200 mangsa banjir di Melaka dan Johor dipindahkan susulan banjir kilat melanda negeri itu.

Berdasarkan perkembangan terbaharu hari ini jumlah mangsa banjir kilat di Melaka menurun kepada 149 orang setakat 10.30 pagi ini berbanding 200 orang malam tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka, Lt Kol (PA) Effendy Ali berkata, mereka ditempatkan di 4 pusat pemindahan iaitu di Balai Raya Bukit Tambun, Balai Raya Bukit Balai dan Balai Raya Kampung Pulau di Alor Gajah dan Sekolah Kebangsaan (SK) Tehel di Jasin.

Jumlah mangsa banjir di Melaka berkurangan

243 mangsa banjir dipindahkan di Melaka, Batu Pahat


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments