Semua pusat banjir di Alor Gajah ditutup
27 mangsa banjir dibenarkan pulang ke rumah masing-masing hari ini.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Negeri Melaka Lt. Kol (PA) Effendy Ali dalam kenyataan berkata pusat pemindahan berkenaan ialah Balai Raya Bukit Balai dan Balai Raya Kampung Pulau di Alor Gajah.
Bagaimanapun katanya di daerah Jasin, hanya 4 sekeluarga yang ditempatkan di pusat pemindahan Sekolah Kebangsaan Tehel dibenarkan pulang manakala 81 mangsa banjir daripada 18 keluarga masih berada di pusat tersebut.
Banjir di 3 kampung di Alor Gajah iaitu Kampung Padang Kerbau Bukit Tambun, Kampung Bukit Balai dan Kampung Pulau dilihat mula surut dan tidak membahayakan, justeru penduduk dibenarkan pulang ke rumah masing-masing, katanya.
Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Melaka itu berkata pihaknya masih memantau situasi banjir di Kampung Tanjung Laboh dan Kampung Parit Lampong di daerah Jasin.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram
Katanya banjir disebabkan beberapa sungai di kawasan itu melimpah akibat hujan lebat pada Isnin lepas.