Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

SPAD bukan tempat orang politik seperti Isa, kata pengusaha teksi

 | June 28, 2017

Pengusaha teksi mendakwa pelantikan Isa ada kena-mengena dengan projek ECRL sebab Najib perlukan orang boleh ikut arahannya.

Shamsubahrin-Ismail

PETALING JAYA: Majoriti pengusaha teksi menolak pelantikan Tan Sri Isa Samad sebagai pemangku pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) kerana meragui kredibiliti bekas pengerusi Felda Global Venture Holding Bhd (FGV) itu.

Pengasas Big Blue Taxi Services, Datuk Shamsubahrin Ismail berkata sebagai pengusaha teksi, mereka mahu individu yang menerajui SPAD tidak mempunyai kaitan politik dan mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang pengangkutan awam.

“Masih belum terlambat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menggantikan Isa dengan orang yang lebih berwibawa dan berpengalaman dalam industri pengangkutan awam. Kami mahu individu yang menerajui SPAD seorang yang telus, bersih dan suka turun padang.

“Tempat SPAD tidak layak untuk orang politik seperti Isa. Kita bimbang pelantikan ini menyebabkan perkara yang sama berlaku ketika dia menerajui FGV,” katanya kepada FMT.

Berdasarkan rekod kurang memuaskan Isa ketika di FGV, Shamsubahrin menjangkakan pengurusan SPAD akan lebih teruk daripada era Tan Sri Syed Hamid Albar.

Beliau turut mendakwa pelantikan Isa berkait rapat dengan projek Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) bernilai RM55 bilion hasil kerjasama Malaysia-China kerana perdana menteri memerlukan individu yang mudah mengikut arahan apabila diminta membuat sesuatu.

“Saya berpendapat pelantikan Isa ada kena-mengena dengan projek ECRL sebab perdana menteri perlukan orang boleh ikut arahannya, sebab itu dia melantik Isa,” katanya sambil memaklumkan akan mengadakan pertemuan dengan Isa untuk mendapat penjelasan perubahan yang Isa ingin bawa kepada industri teksi.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pemandu Teksi Lembah Klang Zailani Isausuludin berkata hampir 1000 pemandu teksi sekitar Lembah Klang akan melancarkan bantahan susulan pelantikan Isa pada 3 Julai ini.

19 Jun lalu Isa mengumumkan peletakan jawatan sebagai pengerusi FGV beberapa jam selepas mengadakan pertemuan dengan Najib di Putrajaya.

Beliau kemudian dilantik sebagai pemangku pengerusi SPAD, jawatan yang dikosongkan selepas persaraan Syed Hamid pada 3 Jun lalu.

Isa Samad letak jawatan pengerusi FGV, kini ke SPAD


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments