Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Amanah: Husam jadi MB Kelantan hanya cadangan Kit Siang

 | July 3, 2017

Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub berkata, isu pelantikan menteri besar adalah hak rakyat tanpa campur tangan pihak luar.

Salahuddin-Ayub-kelantan-benderaKUALA LUMPUR: Amanah belum mengadakan perbincangan berhubung calon menteri besar Kelantan, sekiranya Pakatan Harapan (PH) berjaya menawan negeri itu pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Oleh itu, Timbalan Presidennya, Salahuddin Ayub berkata, tidak timbul persoalan Datuk Husam Musa dilantik sebagai menteri besar Kelantan kerana cadangan itu sekadar pandangan peribadi Lim Kit Siang yang bukan berdasarkan persetujuan Amanah dan PH.

Ini kerana, katanya, isu pelantikan menteri besar adalah hak rakyat tanpa campur tangan pihak luar.

“Itu pandangan dia (Kit Siang) semasa berucap dalam sebuah majlis di Kelantan, tapi untuk memilih seorang menteri besar, parti yang menang nanti yang akan membuat pilihan dan rakyat mesti faham.

“Sesiapa yang nak menamakan (calon menteri besar) itu hak masing-masing dan kita (Amanah) tidak terikat dengan pandangan itu, melainkan berlakunya pilihan raya nanti, kita akan pastikan siapa (parti) yang mendapat undi majoriti, mereka diberi tanggungjawab pilih menteri besar.

“Tentang siapa nak jadi perdana menteri, menteri, menteri besar, bagi saya biar rakyat yang menilai. Rakyat ini bukan bodoh (memilih) siapa yang paling layak, ramai yang layak jadi menteri besar,” katanya pada sidang media di ibu pejabat Amanah hari ini.

Pada 30 Jun lalu, Lim dilapor mencadangkan Husam sebagai menteri besar, jika PH berjaya menguasai Kelantan pada PRU14.

Beliau berkata, adun Salor itu boleh menjadi teladan baik untuk rakyat Kelantan dan seluruh negara. Kenyataan itu dipercayai adalah kali pertama penasihat DAP itu memberi sokongan terbuka kepada naib presiden Amanah terbabit.

Sementara itu, PAS melalui Naib Presidennya, Idris Ahmad menyifatkan pengumuman Lim sebagai isyarat DAP dan sekutunya bersungguh-sungguh mahu merampas Kelantan daripada PAS yang memenangi negeri itu sejak PRU 1990.

Beliau turut mempersoalkan PH sama ada mereka akan meneruskan undang-undang Islam yang dilaksanakan PAS sejak memerintah negeri itu.

Mengulas lanjut, Salahuddin menafikan cadangan Lim memilih Husam sebagai calon menteri besar sebagai bukti PH dikuasai DAP selaku pembuat keputusan.

“Saya rasa itu hak individu bercakap, perkara biasa ada orang nak Datuk Seri Anwar Ibrahim jadi perdana menteri, ada pula nak Tun Dr Mahathir Mohamad jadi perdana menteri. Itu pandangan masing-masing.

“Yang penting kita buat kerja dan tunjukkan kebolehan kita. Sekiranya kita diberi kemenangan, terpulang kepada rakyat untuk tentukannya,” katanya.

Redhakah DAP laksana undang-undang Islam jika menang Kelantan?

Kit Siang sokong Husam Musa jadi MB Kelantan selepas PRU14


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments