Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Amanah: Misi Sarawak ke UK undang campur tangan asing

 | July 3, 2017

Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub bimbang tindakan Kuching menghantar sepasukan peguam ke London bagi menentukan hak sebenar negeri itu boleh mengeruhkan hubungan Sarawak dan Kuala Lumpur.

Salahuddin-Ayub-MA1963KUALA LUMPUR: Amanah bimbang tindakan Sarawak menghantar pasukan peguam ke London untuk mencari dan meneliti rujukan berhubung Perjanjian Malaysia 1963 (MA1963) akan memberi peluang kepada campur tangan asing dalam undang-undang negara.

“Tindakan ketua menteri Sarawak ingin menghantar pasukan peguam dan seorang exco menyemak dan mendapat maklumat mengenai Perjanjian Malaysia sebagai usaha meneruskan perjuangan Tan Seri Adenan Satem.

“Ini bukan perkara yang baik, saya cukup bimbang langkah seperti ini akan mengundang campur tangan asing.

“Kenapa selepas puluhan tahun mereka (Sarawak) ambil sikap begini? Adakah ia tamparan kepada pentadbiran Datuk Seri Najib Razak pada masa ini,” soal Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub pada sidang media di ibu pejabat Amanah hari ini.

Sabtu lalu, Sarawak mengumumkan penghantaran sepasukan peguam ke London untuk mencari dan meneliti rujukan berhubung MA1963 bagi menentukan hak sebenar negeri berkenaan yang termaktub di bawah perjanjian itu.

Ketua Menteri Sarawak, Datuk Abang Johari Openg dilaporkan berkata, pasukan peguam itu akan diketuai Menteri Muda Undang-undang, Hubungan Negeri Persekutuan dan Pemantauan Projek, Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan bila dan berapa lama pasukan itu berada di London.

Mengulas lanjut, Salahuddin bimbang tindakan kerajaan negeri itu boleh mengeruhkan hubungan Sarawak dan Kuala Lumpur.

“Isu anti-Semenanjung memang begitu hebat dalam kempen pilihan raya semasa (Adenan) masih hidup dan kempen ini dilihat berjaya.

“Kalau perkara ini dibawa pembangkang, sudah tentu kita akan dikenakan pelbagai akta, tetapi ini dibawa kerajaan negeri sendiri.

“Kita (Amanah) tidak mahu isu anti-Semenanjung ini terus menular kerana ia sudah berapi. Kita harap kerajaan akan menunaikan hak Sarawak dan Sabah sewajarnya,” katanya.

Hantar misi ke UK, Johari teruskan usaha Adenan pertahan hak Sarawak


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments