Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

PH: Tubuh jawatankuasa bekas hakim pantau KPN, peguam negara, KP SPRM

 | July 3, 2017

PH mempelawa tokoh perundangan dan kehakiman supaya tampil memberi sumbangan.

Salahuddin-Ayub-hakimKUALA LUMPUR: Pakatan Harapan bercadang menubuhkan jawatakuasa khas yang dianggotai bekas hakim dan bekas peguam negara untuk memantau ketua polis negara, peguam negara dan ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub berkata penubuhan jawatankuasa itu perlu melihat kepada beberapa kontroversi yang melanda kerajaan di bawah pengawasan mereka.

Beliau memberi contoh kontroversi membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Lembaga Tabung Haji dan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda).

“Mereka ini gagal jalankan tanggungjawab kepada negara,” kata Salahuddin pada sidang media di ibu pejabat Amanah hari ini.

“PH ikrar supaya ditubuhkan jawatankuasa khas untuk pantai kakitangan kerajaan termasuk peguam negara, KPN, KP SPRM dan para menteri supaya mereka jalankan tanggungjawab dengan baik.”

Salahuddin berkata cadangan penubuhan jawatankuasa 10-15 anggota itu akan diputuskan pada mesyuarat presiden PH akan datang, dan akan bertemu dengan beberapa bekas hakim yang beliau enggan namakan.

“PH akan mengadakan pertemuan dengan bekas hakim supaya mereka jadi pemantau supaya harta rakyat dapat dipelihara…Kita pelawa tokoh perundngan dan kehakiman supaya tampil memberi sumbangan dan pandangan,” katanya.

Pakatan Harapan sebelum ini mendesak penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat pendedahan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) berkaitan 1MDB.

Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) dalam saman terkini difailkan di California minggu lalu mendakwa pelbagai aset mewah dibeli menggunakan sejumlah AS$540 juta (RM2.3 bilion) yang dicuri daripada 1MDB.

“Kita harus pantau dan lihat tentang kecuaian, sikap tidak ambil tahu dan berdiam diri kakitangan kerajaan,” katanya.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments