Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Tak patut rotan kerana yuran PIBG ‘tak wajib’, kata timbalan menteri

 | July 5, 2017

Kementerian Pendidikan menyiasat insiden seorang pelajar sekolah rendah dirotan 12 kali kerana gagal bayar sumbangan PIBG.

P-Kamalanathan-rotan-murid-sekolahKUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan akan menyiasat insiden seorang pelajar disebat guru 12 kali kerana lewat membuat bayaran untuk yuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P Kamalanathan berkata kejadian itu tidak sepatutnya berlaku memandangkan yuran PIBG bukan wajib.

“Saya belum mendapat laporan akhir berhubung siasatan tersebut, bagi saya isu tersebut tidak sepatutnya berlaku, guru tak patut merotan sebab yuran PIBG bukan sesuatu yang wajib.

“Kementerian sedang mengkaji kes tersebut dan kami akan mengambil tindakan sewajarnya,” katanya sambil memaklumkan kes pelajar dirotan sehingga berdarah di Melaka juga sedang disiasat polis.

Minggu lalu media melaporkan seorang pelajar sekolah rendah di Damansara disebat 12 kali disebabkan kelewatan menjelaskan yuran PIBG.

NGO, MP kecam kes pelajar disebat kerana yuran PIBG lewat


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments