Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Tiada syarat baharu pengusaha makanan di institusi pendidikan

 | July 5, 2017

Ia selepas dakwaan satu-satunya peniaga bukan Islam di sebuah politeknik di Pulau Pinang dihentikan.

P-Kamalanathan-pc-1KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan tidak akan memperkenalkan syarat baharu bagi membolehkan kontraktor makanan menjalankan aktiviti perniagaan institusi di bawah kementerian tersebut, kata timbalan menterinya Datuk P Kamalanathan.

Menurutnya, syarat yang ditetapkan kementerian kepada mana-mana kontraktor makanan akan dikekalkan seperti mana sedia ada, berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) institusi tersebut.

“Kita kekalkan apa yang ada sekarang,” katanya ketika ditanya sama ada akan diperkenalkan peraturan baharu susulan isu kontraktor makanan Politeknik Seberang Perai (PSP) disingkirkan kerana gagal mematuhi terma yang ditetapkan.

Pada 27 Jun, PSP didakwa mengarahkan satu-satunya pengusaha gerai makanan bukan Islam di kantin kampus itu menghentikan operasi kerana tidak “patuh syariah” sehingga menjadi tular di media sosial.

Bagaimanapun, Kementerian Pendidikan menafikan dakwaan tersebut apabila menjelaskan kontraktor makanan India itu disingkirkan atas sebab “pentadbiran” kerana gagal mematuhi syarat yang ditetapkan pihak pengurusan.

Tiga peniaga Melayu lain turut ditamatkan kontrak atas sebab yang sama.

Ditanya mengenai dakwaan pengusaha kontraktor yang disingkirkan, Kamalanathan berkata pihaknya menyerahkan kepada PSP menyelesaikan isu itu.

Gerai makan didakwa tak patuh syariah diarah tutup


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments