Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Najib, lantiklah saya ke SPAD, kata bos syarikat teksi

 | July 6, 2017

Shamsubahrin Ismail berkata beliau banyak pengalaman dalam industri pengangkutan awam, dan boleh menasihati SPAD dan Isa Samad.

Shamsubahrin-Ismail-spadKUALA LUMPUR: Sehari selepas dibebaskan daripada tuduhan menipu membabitkan syarikat National Feedlot Corporation (NFC), pengusaha syarikat teksi Datuk Shamsubahrin Ismail menawarkan dirinya untuk menerajui Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Dan sekiranya jawatan itu terus dikekalkan untuk Tan Sri Isa Samad, Shamsubahrin berharap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melantiknya sebagai penasihat.

“Saya akan menghantar surat kepada Pejabat Perdana Menteri hari ini bagi mengadakan satu perbincangan tertutup antara saya dan perdana menteri berkenaan isu industri teksi di bawah SPAD dan juga isu kedudukan Isa,” kata pengasas Big Blue Taxi Services itu.

Katanya, beliau berminat menasihati Isa mengenai industri teksi.

“Saya harus memastikan dan bersuara lantang terhadap Isa kerana saya nak pastikan beliau dapat laksanakan dan bekerjasama dengan saya memajukan industri teksi dengan lebih baik,” kata Shamsubahrin pada sidang media di pejabatnya di Jalan Ampang hari ini.

Shamsubahrin berkata beliau mempunyai pengalaman luas dalam industri teksi berbanding Isa.

“Saya juga tahu ‘A to Z’ tentang cara industri teksi dijalankan.

“Kalau kita tengok 11 pelan transformasi yang SPAD lancar sebelum ini, hampir 10-15% daripadanya diambil pakai daripada apa yang saya perkatakan,” katanya.

Sebelum ini, Shamsubahrin membantah pelantikan Isa sebagai pemangku pengerusi SPAD, dengan mempersoalkan kredibiliti bekas pengerusi Felda Global Venture Holding Bhd (FGV) itu.

Menurutnya, pengusaha teksi mahu individu menerajui SPAD yang bebas daripada politik dan berpengetahuan luas dalam bidang pengangkutan awam.

Isa yang meletak jawatan sebagai pengerusi FGV dilantik ke dalam SPAD menggantikan Tan Sri Hamid Albar yang bersara.

SPAD bukan tempat orang politik seperti Isa, kata pengusaha teksi


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments