Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

DAP dicabar contohi Umno buat pemilihan baharu

 | July 8, 2017

Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, sekiranya DAP merasa mereka sebuah parti bersih, tidak perlu takut dan memberi alasan mencabar arahan Pendaftar Pertubuhan.

syed-ali

KUALA LUMPUR: DAP perlu mencontohi Umno, sekali gus menerima hakikat pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu sebelum ini tidak sah dan perlu melakukan pemilihan semula seperti yang diminta Jabatan Pendaftaran Pertubuhan.

Mengambil contoh Umno pernah diharamkan pada 1987 sehingga memaksa parti itu mengadakan pemilihan semula, Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, sekiranya DAP merasa mereka sebuah parti bersih, tidak perlu takut dan memberi alasan mencabar arahan Pendaftar Pertubuhan (RoS).

“DAP kena terima hakikat Jabatan Pendaftaran Pertubuhan kata buat pemilihan semula, kamu buatlah pemilihan semula.

“Dulu Umno dibatalkan dan Umno ditubuhkan semula, DAP kena buat pemilihan semula buat apa nak takut, kita (Umno) disuruh buat pemilihan semula, kita buat,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Cheras 2017 di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Kit Siang yang menyifatkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan mengarahkan DAP mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat baharu sebagai “mengarut”.

Semalam, Ketua Pengarahnya, Datuk Mohammad Razin Abdullah berkata, pelantikan anggota CEC dan pemegang jawatan utama DAP pada 29 September 2013 dianggap tidak sah dari segi undang-undang, bersabit dengan aduan yang dibuat oleh ahli DAP sendiri yang tidak berpuas hati dengan kepincangan terhadap proses pemilihan CEC yang dijalankan ketika itu.

Mengulas lanjut, Syed Ali menyelar tindakan pemimpin DAP termasuk Kit Siang yang menyerang Jabatan Pendaftaran Pertubuhan serta menyalahkan kerajaan susulan arahan pemilihan baru perlu dilakukan semula.

Katanya, tindakan pemimpin DAP termasuk Kit Siang mempersolkan keputusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan bukti parti itu takut kehilangan pengaruh diktator dalam DAP.

“Kit Siang ini saya nak kata dia ini pandai bercakap sahaja, bila kena pada muka sendiri dia cakap lain dan macam-macam. Bila kena batang hidung, mereka kata ini kerja Umno kerajaan tak betul apa semua.

“Kenapa Umno nak mempengarugi Jabatan Pendaftaran Pertubuhan, memang dia (Kit Siang) takut, mungkin ada perubahan bila ada pemilihan semula sebab ahli DAP sekarang ada yang dah menyampah dengan kepimpinan yang ada sekarang,” katanya.

Kit Siang kata arahan jabatan pendaftaran mengarut, Dr M minta berlaku adil


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments