Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

IS musuh utama Umno, bukan Rafizi atau Azmin Ali, kata Hishammuddin

 | July 9, 2017

Hishammuddin Hussein berkata IS menjadi ancaman besar kepada Malaysia, dan hanya BN mempunyai pengalaman berdepan mereka.

Hishammuddin-Hussein-isisKUALA LUMPUR: Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata Umno mempunyai agenda yang lebih besar daripada menewaskan pembangkang iaitu menyelamatkan Malaysia daripada pengganas.

Beliau yang juga menteri pertahanan hari ini menamakan IS sebagai musuh utama Umno kerana gerakan militan itu menjadi ancaman besar kepada negara.

“Rafizi Ramli (naib presiden PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (presiden PKR), Datuk Seri Azmin Ali (timbalan presiden PKR) bukan musuh kita. Agenda IS lagi berat – sembelih orang, bakar orang – Malaysia masih selamat kerana IS tak bertapak.

“Selagi saya naib presiden Umno, saya akan tentang IS. Kita lakukan untuk semua rakyat, bukan untuk orang Melayu sahaja,” tegasnya di perasmian mesyuarat Umno Cheras di Berjaya Times Square hari ini.

Malaysia menyertai 72 negara yang komited kepada membasmi ancaman IS secara bersama. Penganalisis sebelum ini menjangkakan militan akan meloloskan diri ke rantau ini selepas kehilangan wilayah di Timur Tengah. Menurut penganalisis, militan akan cuba mengambil kesempatan daripada ketegangan antara kelompok masyarakat dan ekstremisme agama di negara-negara rantau ini.

Hishammuddin kepada Nikkei Asian Review mengingatkan serangan pengganas di Mindanao ketika ini juga boleh berlaku di Malaysia. “Ancaman IS perlu ditangani bersama,” katanya selepas pelancaran rondaan laut anti-pengganas bersama Malaysia-Indonesia-Filipina 19 Jun lalu.

Sementara itu, di sidang media hari ini, Hishammuddin menasihatkan rakyat supaya memilih pemerintah yang mampu berdepan ancaman pengganas.

Beliau menegaskan BN sahaja mempunyai pengalaman berdepan pengganas dan menangani keganasan.

“Malangnya pembangkang tidak ada pengalaman. Mereka tidak ada hala tuju dan wawasan untuk memimpin masyarakat yang cukup kompleks dari segi kepelbagaian kaum dan agama.

“Jika rakyat nak pilih, biarlah pilih prestasi yang baik. Saya tak kata Umno-BN sempurna tapi kita punyai rekod prestasi. Pertimbangan pembangkang adalah bagaimana untuk memerintah sahaja.”


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments